nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 126
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
PELAJARAN 11
SYUMULIYYAH
Pengertian Syumuliyyah
Syumuliyyah bermaksud Lengkap dan sempurna Iaitu agama Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW adalah lengkap dan sempurna. Ajaran Islam merangkumi
semua aspek kehidupan manusia yang meliputi dunia dan akhirat.
Islam mengatur setiap sudut kehidupan manusia seperti akhlak, ekonomi,
perundangan, sosial, politik, kebudayaan, ilmu pengetahuan, falsafah, sains dan
sebagainya.
1. Kesempurnaan Adalah milik Allah SWT.
Manusia diciptakan penuh dengan kelemahan. Islam yang diciptakan oleh Allah SWT
adalah agama yang sempurna dan mampu memenuhi semua keperluan hidup manusia.
2. Semua manusia terikat dengan masa, ruang, dan tempat tertentu.
Manusia mesti tunduk dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
3. Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Manusia telah dibekalkan dengan akal dan wahyu serta peraturan daripada Allah SWT
untuk membangun dan memakmurkan alam mengikut ketetepan Allah SWT
3. Islam telah menyediakan segala peraturan hidup yang mencakupi setiap sudut
Peraturan tersebut samada berhubung dengan kehidupan manusia di dunia seperti sosial,
budaya, ekonomi dan sebagainya, dan yang berhubung dengan kehidupan di akhirat seperti
cara beribadat.
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
125