nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 119
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
PELAJARAN 10
RABANIYYAH
Pengertian Rabaniyyah.
Maksud Rabaniyyah dari segi bahasa ialah ketuhanan.
Iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam
adalah bersumberkan wahyu Allah SWT. ( Al-Quran) dan Al-Hadis Rasulullah SAW.
Umat Islam juga wajib menyakini bahawa setiap perkara yang terdapat dalam ajaran
Islam adalah datangnya daripada Allah SWT
1. Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT.
Islam bukanlah agama ciptaan manusia kerana ianya berdasarkan kepada wahyu Allah
SWT. ( al-Quran)
2. Islam adalah satu pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan, kejahilan
dan dorongan hawa nafsu manusia.
Allah SWT. sebagai pencipta agama Islam memiliki sifat kesempurnaan
3. Islam dan seluruh mahkluk adalah hak Allah SWT.
Allah SWT sebagai pemilik segala mahkluk ciptaannya.
4. Allah SWTsebagai pemberi peraturan hidup
Allah SWT telah menyediakan segala peraturan untuk kebahagiaan hidup manusia di
dunia dan di akhirat.
Beriman dan yakin dengan rukun iman
Melaksanakan segala perintah Allah SWT
dan meninggalkan segala
larangan-Nya
Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keredaan Allah
SWT.
Berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Melakukan penyelidikan dan penerokaan bagi membuktikan kekuasaan
dan keagungan Allah SWT.
Berjihad dengan nyawa, harta dan akal fikiran untuk meninggikan syariat
Islam.
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
118