Apa yang terbayang dalam fikiran anda jika ada orang bertanya apa itu Fun Fair..? Sudah tentu anda bayangkan cahaya lampu yang bergermelapan berwarna-warni, pelbagai jenis permainan sama ada untuk kanak-kanak dan untuk golongan dewasa dan muzik yang bingit.
Fun Fair atau di setengah-setengah tempat dipanggil Malam Pesta Muda Mudi selalunya di adakan untuk warga setempat bersantai bersama keluarga di malam hari selepas penat bekerja. Lokasi Fun Fair selalunya di pinggir bandar dan di pekan-pekan kecil supaya penduduk setempat tidak perlu ke bandar atau kota mencari hiburan. Fun fair selalunya di adakan pada musim cuti persekolahan. Seminggu sebelum Fun Fair bermula pihak yang menganjurkan Fun Fair akan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara menaiki lori atau van mengelilingi kawasan berhampiran tapak Fun Fair untuk menghebahkan Fun Fair yang akan dianjurkan nanti.
Permainan yang biasanya kita lihat di mana-mana Fun Fair adalah roda berpusing atau feris wheels, bumper car, merry go round.. baling tin minuman menggunakan bola tenis, Dart, baling gelang besi, Rumah Hantu dan kadang-kadang penganjur akan menjemput artis untuk menghiburkan hadirin yang hadir. Fun Fair biasanya bermula dalam pukul 8 malam dan selalunya berakhir dalam pukul 10 atau 11 malam. Pada masa dahulu setiap pengunjung dikehendaki membayar tiket untuk masuk, namun kini tiada lagi bayaran yang dikenakan untuk masuk cuma pengunjung dikehendaki membeli token jika hendak bermain permainan yang disediakan.
Fun Fair bagi saya adalah satu majlis suai kenal atau beramah mesra penduduk setempat disamping dapat bersantai bersama keluarga. Namun kini agak sukar untuk kita berjumpa Fun Fair di kawasan setempat kerana ianya telah diambil alih oleh taman tema yang lebih moden dan selesa, menyediakan lebih banyak permainan dan lebih mudah dihubungi oleh perkhidmatan awam.
15
Fun Fair
oleh Pengarang: Nor Azmi Ismail