Pada suatu hari, ada seorang yang bersikap iri hati, merancang untuk mencuri trompet
kepunyaan Arif. Orang itu tahu bahawa Arif selalu ke taman untuk bermain trompetnya. Apabila
Arif ke taman, orang yang iri hati itu mengikut Arif dengan perlahan. Arif duduk di bawah sebatang
pohon lalu memainkan trompetnya.
Orang itu berlari dengan pantas ke arah Arif lalu merampas trompet itu dari tangan Arif.
Orang itu meninggalkan taman itu dengan pantas kerana takut akan ada orang mengejarnya. Arif
menangis dengan penuh kesedihan. Dia terus pulang dan menceritakan berita itu kepada ibunya.
Dia terus masuk ke dalam rumah dengan perasaan sedih berbaur marah. Dia menangis
teresak-esak. Ibunya mengambil segelas air untuk Arif untuk menenangkan dirinya. Ibu pun berkata,
“Arif, tidak mengapalah, sek