Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 56

ARIF DAN TROMPET AJAIB Oleh Muhammad Haziq Bin Helimi Sekolah Rendah Yishun ________________________________________________________________________________ Di penghujung jalan itu, terdapat sebuah kampung yang terpencil. Penduduk di kampung itu tidak begitu ramai. Ada seorang budak lelaki Melayu tinggal dengan ibunya. Budak lelaki itu bernama Arif. Arif dan ibunya hidup susah. Ayah Arif sudah lama meninggal dunia. Arif dan ibunya berniaga di sebelah sebuah kedai yang kosong. Mereka menjual kuih-muih seperti kuih lapis, kuih putri salat dan pelbagai kuih yang lain. Arif selalu berangan-angan untuk menjadi seorang kaya. Ibunya selalu memerhatikan perangainya. Arif selalu menyuruh ibunya membelikannya sebuah trompet. Tetapi ibunya selalu tidak dapat menunaikan permintaannya. Arif akan ke sebuah taman apabila dia tidak mendapat apa yang dia inginkan. Dia akan pulang lewat. Pada suatu hari, Arif sedang berjalan di taman itu. Dia terdengar bunyi seperti seorang sedang meniup trompet. Bunyi trompet itu menjadi semakin kuat. Arif pun semakin tertarik dengan bunyi trompet itu. Dia memasang telinga dari mana datangnya bunyi trompet itu. Dia mencari di semua tempat yang terdapat di dalam taman itu. Rupa-rupanya bunyi trompet itu datang dari atas setangkai Bunga Matahari yang besar sekali. Arif merenung trompet tersebut. Trompet itu kelihatan luar biasa. Trompet itu boleh bermain dengan sendirinya walaupun tiada seorang pun meniupnya. Dia mengambil trompet itu lalu membawanya pulang. Setibanya di rumah, dia memanggil ibunya dengan nada suara yang kuat, “Ibu! Ibu! Saya sudah pulang!” Dengan pantas ibunya ke hadapan pintu. Ibunya menjemput dia ke dalam rumah.Ibu ternampak Arif memegang sebuah trompet. Ibunya pun bertanya, “Arif, trompet siapakah yang kamu pegang?” Arif pun menjawab, “Tadi saya terjumpa trompet ini di dalam taman. Trompet ini berada di atas setangkai Bunga Matahari yang besar sekali.” Arif berbisik di telinga ibunya, “Ibu, trompet yang saya jumpa ini adalah trompet ajaib.” Ibu Arif tidak percaya dengan kata-kata Arif. Arif pun meniup trompet itu sekali sahaja. Tiba-tiba trompet itu bermain dengan sendirinya. Ibu Arif tersentak untuk seketika.Apabila trompet itu telah dimainkan dengan sendirinya barulah ibu Arif percaya dengan kata-kata Arif. Sejak hari itu, Arif selalu bermain dengan trompet itu. Siang,malam,pagi dan petang Arif akan bermain tanpa jenuh. 1 56