Ingenieur Vol 68 Oct-Dec 2016 | Page 59

Ucapan Presiden Lembaga Jurutera Malaysia 57 BEM UPDATE Izinkan saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Jurutera Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur akhirnya menjadi realiti. Tujuan MoU ini ditandatangani adalah bagi merealisasikan pendaftaran secara berkelompok graduan kejuruteraan Universiti Kuala Lumpur atau UniKL dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Pendaftaran secara berkelompok melalui sistem atas talian ini adalah merupakan sebahagian daripada proses memudahcara pendaftaran dan penambahbaikan berterusan oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Dengan termeterainya MoU ini, UniKL boleh mengemukakan permohonan graduan kejuruteraan yang telah diluluskan oleh Senat, secara berkelompok kepada Lembaga Jurutera Malaysia untuk diproses dengan lebih pantas dan berkesan tanpa menunggu tarikh konvokesyen. Dalam usaha melengkapi dasar kerajaan meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan bagi memantapkan lagi pasukan kejuruteraan atau ‘engineering team’ demi kepentingan dan keselamatan awam, dua kategori pendaftaran baru selain Jurutera Siswazah iaitu Teknologis Kejuruteraan (Engineering Technologist) dan Pemeriksa Tapak (Inspector of Works) telah dimasukkan di bawah kawalselia Lembaga Jurutera Malaysia melalui pindaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 yang diluluskan di Parlimen pada 17 Disember 2014 dan berkuatkuasa pada 31 Julai 2015. Saya mengambil kesempatan ini untuk Datuk Ir. Hj. Adanan Bin Mohamed Hussain merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UniKL yang sudi menjalin kerjasama dengan Lembaga Jurutera Malaysia bagi merealisasikan inisiatif pendaftaran Teknologis MAJLIS MENANDATANGANI Kejuruteraan secara berkelompok bagi menyahut MEMORANDUM PERSEFAHAMAN dan melaksanakan hasrat kerajaan untuk (MoU) menjadikan Malaysia negara yang maju menjelang tahun 2020. ANTARA Inisiatif mendaftar Jurutera Siswazah dan Teknologis Kejuruteraan secara berkelompok LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (BEM) sebaik sahaja mereka bergraduan ini, bukan sahaja membantu merealisasikan hasrat dan kerajaan, malah secara langsung memastikan graduan UniKL mematuhi Akta Pendaftaran UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL) Jurutera 1967 di mana graduan diwajibkan