Kebanyakkan senario dalam dalam filem ini menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan tidak dapat diputuskan . Walaupun wujud salah faham di antara Bee dengan ayahnya , dia masih memilih untuk memaafkan ayahnya dan pulang ke sisinya .
Dari segi ayahnya pula , Chuan juga menunjukkan semangat kekeluargaan di mana dia sentiasa mengambil berat tentang anaknya walaupun hubungan mereka amat renggang . Chuan adalah seorang ayah yang amat konservatif dan degil , walaupun dia berkeras untuk membantah perkahwinan Bee dan Benji pada mulanya , dia masih memilih untuk mengubah fikirannya dan mengeluarkan syarat untuk membenarkan mereka berkahwin , dan pada akhirnya , dia memberi restu kepada perkahwinan Bee dan Benji .
Filem ini telah mendapat sambutan yang hangat apabila ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada tahun 2014 dan telah berjaya memecah rekod untuk kutipan pembukaan tertinggi filem berbahasa Cina di Malaysia . Filem The Journey juga telah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia yang ke-27 dalam kategori Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik Filem Box Office Pelakon Lelaki Terbaik dan Sinematografi Terbaik
Filem The Journey telah berjaya menyentuh hati ramai penonton menerusi elemen kekeluargaan yang ditonjolkan dan mengingatkan penonton untuk menghargai ahli keluarga masing-masing . Walaupun ada masanya ahli keluarga kita melakukan kesalahan atau wujud salah faham antara satu sama lain , penonton harus memilih untuk memaafkan dan berbaik-baik dengan mereka , bukannya berdendam dan menyesal apabila mereka telah meninggalkan kita . Sekiranya anda tidak pernah menonton filem The Journey anda boleh menontonnya pada masa lapang , dan Heybur ! yakin bahawa anda tidak akan menyesal .
HeyBur ! 42