HEYBUR 2021 FEBRUARI | Page 46

THE JOURNEY : SEMANGAT KEKELUARGAAN DIHARGAI

DITULIS OLEH : RENEE NG JIA XUAN reneeng _ jiaxuan @ mpstpublication . com

Setiap tahun , banyak filem yang diterbitkan di pawagam dan ramai peminat filem yang akan ke pawagam untuk

menonton filem yang mereka minati . Namun begitu , adakah filem-filem baru ini semakin tidak bermoral atau mengandungi banyak unsur negatif ? Tidak ! Filem-filem masa kini masih mengandungi nilai-nilai yang boleh dipelajari dan diingati oleh penonton . Antara filem yang terkenal dengan gambaran unsur nilai yang tinggi ialah The Journey The Journey merupakan sebuah filem berbahasa Cina tempatan yang mengetengahkan tema drama , komedi dan kekeluargaan . Ditayangkan pada tahun 2014 , filem ini diarahkan oleh pengarah Chiu Keng Guan , yang juga merupakan pengarah bagi filem Ola Bola yang ditayangkan pada tahun 2016 dan ditulis oleh Ryan Lee .
HeyBur ! 40