HEYBUR 2021 FEBRUARI | Page 35

PERCATURAN ANIMASI MALAYSIA KE PENTAS DUNIA . BERHASIL ATAU TIDAK ?

Ditulis oleh : Miza Aryani Binti Misran mizaaryanimisran @ mpstpublication . com
Segmen filem HeyBur pada kali ini penulis akan mengetengahkan tentang filem animasi hasil tangan anak Malaysia yang berjaya dikomersialkan di luar negara . Pasti ramai yang tidak sabar untuk mengetahuinya .
Filem animasi Malaysia Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mendapat sambutan hangat dari pasaran filem antarabangsa . Filem ini berjaya ditayangkan di pawagam di sekitar Taiwan . Anda tahu atau tidak filem ini mencipta sejarah sebagai filem Malaysia termahal yang pernah ditayangkan di Taiwan . Kos produksi hampir mencecah RM20 juta . Tayangan filem ini bermula pada 21 Mac 2019 . Penonton-penonton juga menghiasi layar besar di China , Indonesia , Vietnam , Uzbekistan dan India . Filem ini ditayangkan di China setelah menandatangani perjanjian persefahaman antara Les ' Copaque Production dan Beijing Animation and Gaming Industry Association ( BAGIA ).
Filem Ejen Ali The Movie ditayangkan serentak di Malaysia , Singapura dan Brunei , mulai 28 November 2019 . Ejen Ali menjadi salah satu jenama animasi popular Asia . Karakter ini meraih lebih dua juta tontonan di TV3 . Selepas berjaya mencatat kutipan RM28 juta dalam tempoh tiga minggu tayangan di Malaysia , Singapura dan Brunei , filem Ejen Ali The Movie kini mengorak langkah apabila melebarkan sayap ke Indonesia . Selepas berjaya ditayangkan di 100 pawagam di seluruh Indonesia bermula 1 Januari 2020 , filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation berjaya mencipta fenomena baru dan luar biasa . Filem Ejen Ali turut ditayangkan di tiga buah pawagam di Vietnam . Yang
bermula pada 20 Julai 2020 hingga 24 Julai 2020 . Beralih pula kepada Boboiboy The Movie . Filem ini berjaya memasuki pasaran negara Korea Selatan . Menarik lagi ini merupakan kali pertama karya anak Malaysia disiarkan di pasaran Korea Selatan . Selain Korea Selatan , Indonesia , Singapura dan Brunei telah menayangkan Boboiboy The Movie secara serentak . Sambutan yang memberangsangkan diterima daripada penonton luar negara . Filem animasi tempatan Boboiboy The Movie 2 terbitan Animonsta Studios ditayangkan serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia , Indonesia , Singapura , Brunei , dan Vietnam pada 8 Ogos 2019 .
HeyBur ! 29