INJEKSI FESYEN LELAKI TERKINI
Ditulis oleh : Irfan Syahmi Bin Norshaharudin
Kebanyakan wanita berpendapat bahawa lelaki tidak pandai bergaya . Buktinya , di laman sosial sering mengulaskan berkaitan isu ini . Tambahan lagi , rata-rata wanita mengadu bahawa teman lelakinya hanya berpakaian seperti mahu ke pasar berbanding lelaki lain yang sentiasa kelihatan segak dan bergaya . Ini telah menyebabkan mereka berpendapat bahawa lelaki ini kurang berpengetahuan mengenai fesyen-fesyen terkini yang sering direalisasikan oleh model-model yang terdapat di Malaysia . Tetapi adakah mereka pasti bahawa lelaki benar-benar tidak pandai bergaya ? Pada ruangan ini , HeyBur ! kupaskan dan memberikan info-info yang penting kepada semua lelaki yang masih tercari-cari bagaimana mahu kelihatan lebih bergaya .
HeyBur ! 16