GeNk mAgaZiNe GeNk mAgaZiNe | Seite 4

MISI

VISI

GENK 1

GENK 1

WHATS UP GENK :

REKAAN GRAFIK

Rekaan Grafik (Graphic Design ) lebih menjurus ke arah seni rupa (art form). Kita tidak perlu ke muzium mahupun galeri kerana ianya sentiasa ada di sekeliling kita. Seni rekaan grafik adalah sebahagian daripada intergrasi kotemporari sosial. Sains rekaan grafik adalah kunci utama yang memaparkan sesuatu cetakan ,filem, dan media elektronik yang menjadi ciptaan tunggak (primary creator) mengenai seni visual yang mengambarkan persekitaran dan sosial manusia. Bayangkan jika dunia tanpa grafik televisyen atau bekas Cd yang kosong tanpa apa-apa label begitu juga pembungkusan kotak -kotak produk (packaging) yang kelihatan sama.Itulah dunia tanpa rekaan grafik.

Rekaan grafik boleh diterjemahkan sebagai aplikasi cara berkomunikasi secara visual yang amat berguna dan penting kepada perniagaan dan industri.Maka kerana itulah rekaan grafik dianggap sebagai seni komersial (comercial art)

Kepentingan Rekaan Grafik :

- Pemasaran dan penjualan produk atau perkhidmatan.

- Mencipta identiti visual sebuah institusi ,produk dan syarikat untuk grafik persekitaran ,papan tanda ,rekaan maklumat dan mesej visual masyarakat

- Pendororng untuk memilih produk atau perkhidmatan tertakluk pada rekaan grafik pada sesuatu iklan

Sumber : Husmiran bt Hussin (UPSI)

GENK 1