PENGUMUMAN
PERUBAHAN KEPADA
YANG LEBIH BAIK
Sejak terbitan pertama Elken Club pada tahun 1995, ia telah menjadi satu perjalanan tentang perubahan dan
kemajuan yang menggembirakan dan kami terus bercita-cita untuk memberi anda sesuatu yang terkini dan
terbaik daripada Elken. Dan itulah yang akan kami lakukan pada tahun hadapan.
Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Elken Club akan diterbitkan dalam versi baharu iaitu Cetakan dan Digital yang boleh
didapati oleh semua ahli mulai Januari 2019. Selain terus menyediakan maklumat produk terkini, Elken Club juga menawarkan nilai
tambah kandungan dari segi perniagaan dan gaya hidup yang dapat memperkayakan kehidupan ahli-ahlinya.
Apa yang terbaru?
• Majalah cetak Elken Club yang diperbaharui menyediakan pelbagai jenis artikel kesihatan, kecantikan dan peranti kelengkapan
rumah serta berita terkini mengenai korporat dan perniagaan, testimoni kehidupan sebenar, laporan penceramah dan banyak lagi.
• Selaras dengan ini dan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar, kami juga akan mengurangkan kekerapan naskhah cetakan.
Majalah baharu akan terbit pada permulaan setiap suku tahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
• Elken Club juga boleh didapati dalam format digital dan boleh dimuat turun di aplikasi VirEL serta ianya mudah diakses di mana
sahaja anda berada, pada bila bila masa.
• Pengedar juga akan menerima pelbagai kandungan perniagaan eksklusif secara digital sahaja iaitu dari ‘Kisah Kejayaan’ kepada
panduan ‘bagaimana untuk’ yang terdapat di aplikasi VirEL bagi memudahkan pengedar membina dan mengembangkan
perniagaan mereka
• Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai yuran langganan tahunan atau bagaimana majalah Elken Club baharu ini
akan menjejaskan langganan sedia ada anda, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-7783 3060 atau e-mel ke
[email protected]
TERUSKAN BERSAMA
…kami akan bawakan kepada anda
kandungan yang segar dan eksklusif
mengenai kesihatan, kecantikan
dan peranti kelengkapan rumah,
‘Kisah Kejayaan’, berita korporat dan
perniagaan serta banyak lagi.
Isu November / Disember ini adalah isu
bumper dan yang terakhir untuk tahun
ini kerana kami sedang merencana pelan
asas untuk isu akan datang.
Kepada semua pembaca Elken Club,
kami berterima kasih atas kesetiaan dan
sokongan anda selama ini!
Jumpa lagi pada Tahun Baru!
Yang benar,
Pasukan Elken Club
ELKEN CLUB • 11/12 2018
03