Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 26

RENCANA Sudahkan Anda Bersedia Untuk Tahun Baru? Atasi Kejatuhan Perlukah Anda Membuat Azam Baru? Akhir tahun mungkin menandakan keseronokan dan perayaan tetapi jangan biarkannya mengalihkan perhatian anda sepenuhnya daripada mengakhiri tahun dengan tabah. Selalu dibuat tetapi tidak pernah ditepati, azam adalah sesuatu yang telah berlalu. Daripada membuat dan melanggar azam anda, ciptalah matlamat yang realistik untuk diusahakan. Selesaikan Apa Yang Telah Anda Mulakan Menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dilakukan akan membantu membersihkan fikiran anda untuk memberi ruang untuk permulaan yang baru. Masa Untuk Mengingati Kembali Sebelum anda menulis matlamat tahun depan, lihat kembali apa yang telah anda capai dan raikan kejayaan anda. Ini akan mendorong anda untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun 2019. Cuba Sekali Lagi Sekiranya anda tidak membuat susulan terhadap prospek lama, hubungilah mereka semula untuk menyambung silaturrahim. Hantar nota terima kasih atau kad tulisan tangan kepada rekrut atau prospek yang berpotensi untuk mengekalkan hubungan silaturrahim serta menunjukkan bahawa anda ambil tahu dan ingat kepada mereka. 26 ELKEN CLUB • 11/12 2018 Belajar Kemahiran Baru Sambil kita bergerak jauh ke era teknologi, adalah sangat baik untuk memperluaskan kemahiran sedia ada dan mempelajari sesuatu yang baharu. Ia membantu kita menambah baik diri sendiri, menjadikan kita peka dan dapat memberi manfaat kepada kerjaya kita. Jadikannya salah satu matlamat kerja anda untuk 2019. Sukarelawan Tahun depan, usahakan untuk menyumbang dan meluangkan masa dengan mereka yang kurang bernasib baik. Pilih sesuatu yang dekat di hati anda dan luangkan sekurang- kurangnya sejam menyumbang kembali kepada komuniti anda. Menurut sebuah artikel yang diterbitkan dalam Harvard Health Publications menyatakan bahawa sukarela adalah baik untuk badan dan minda. Bina Hubungan Baru Tidak ada kemudaratan dalam meluaskan rangkaian profesional anda. Usahakan untuk membina sekurang-kurangnya satu rangkaian profesional pada setiap bulan. Anda tidak tahu bila peluang akan datang bergolek. Rancang Untuk Masa Depan Mulakan tahun anda dengan memikirkan langkah-langkah seterusnya. Peribadi Keluarga Tinggalkan masa lalu di belakang. Biarlah yang lepas berlalu pergi kerana jika anda sibuk melihat semula kegagalan anda, anda tidak akan nampak peluang yang datang. Luangkan 10 minit setiap hari untuk berhubung dengan seorang ahli keluarga dan tanya jika mereka memerlukan bantuan atau hanya mendengar masalah yang mereka kongsikan. Risau akan masa depan adalah perkara yang membuang masa kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Menikmati masa kini dapat membebaskan anda daripada ketakutan dan kebimbangan agar anda boleh kekal kuat secara mental. Kerjaya Guna pakai frasa berkuasa seperti ‘Hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok akan lebih baik daripada hari ini.’ Atau “Saya boleh. Tengoklah nanti.” Ini akan mengingatkan anda untuk memberikan usaha terbaik apabila menghampiri prospek. Tumpukan untuk melakukan satu perkara yang di luar zon selesa pada setiap minggu. Ini boleh terdiri daripada menghadiri acara rangkaian untuk mendekati satu prospek dalam seminggu untuk membina perniagaan Elken anda.