Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 21
3
4
1
2
BERSIAP SEDIA
Sentiasa bawa brosur, risalah 5 minit
dan DVD untuk dikongsi dengan
seseorang yang mungkin berminat
dengan perniagaan Elken atau ingin
menjadi usahawan yang berjaya.
Sentiasa bersiap sedia bermakna anda
tidak perlu tergesa-gesa kembali ke
kereta atau rumah anda apabila anda
berjumpa prospek yang berpotensi.
GUNAKAN PSIKOLOGI
Mulai panggilan anda dengan nada
seolah-olah anda sedang tergesa-
gesa kerana sesetengah orang akan
tertarik kepada seseorang yang sibuk
dan mempunyai banyak benda untuk
dilakukan dalam hidup mereka. Beri
pujian kepada prospek dengan ikhlas
bagi membuatkannya bersetuju untuk
mendengar apa yang anda ingin
katakan. Gunakan ayat berbentuk
soalan “Jika saya ..., adakah anda ...?”
untuk membuatkan mereka melibatkan
diri. Sebagai contoh: “Jika saya
beri anda DVD, adakah anda akan
menontonnya?”
5
DENGAR
DAN TANYA SOALAN
Bagi memahami apa yang prospek
anda perlukan dan inginkan, anda
perlu bertanyakan soalan yang
betul. Jangan hanya fokus kepada
bercakap tentang produk dan pelan
pampasan anda. Dengar apa yang
prospek anda mahu dan tanya soalan
yang betul untuk memahami mereka
dengan lebih baik dan gunakan
pendekatan yang lebih fokus untuk
memperkenalkan peluang perniagaan
anda.
6 IKUTI PROSES YANG
SUDAH DIJELASKAN
7 PIMPIN
DAN PENGARUH
TUNJUKKAN
KEYAKINAN
Apabila mendekati prospek
bayangkannya sebagai peluang bagi
anda untuk membantu mereka. Jika
anda bertemu seorang pemimpin
yang berpengaruh dan yakin
bahawa dia dapat membantu orang
untuk mencapai impian mereka,
mereka akan sedar bahawa mereka
memerlukan anda lebih daripada
anda memerlukan mereka. Dengan
menawarkan penyelesaian yang
dapat membantu mereka mencapai
matlamat mereka dan menjalani
gaya hidup impian mereka, anda
sebenarnya sedang membantu
mereka!
ATUR JANJI TEMU
YANG BERJAYA
Sentiasa jemput lebih ramai prospek
daripada yang dijangkakan untuk
menghadiri persembahan perniagaan
anda seandainya ada yang tidak
hadir. Syorkan kepada mereka untuk
membawa sesuatu (seperti minuman
atau pencuci mulut) supaya mereka
lebih komited. Pada hari pertemuan,
hantar mesej ringkas kepada
prospek anda untuk mengesahkan
kehadiran mereka. Daripada bertanya
adakah mereka akan datang,
yang memberikan prospek anda
kesempatan untuk mengatakan
tidak, gunakan pengesahan dengan
anggapan seperti, “Jumpa awak
malam nanti.”
Mulakanlah dengan ucapan
ceria yang kedengaran seperti
anda sedang tersenyum. Segera
dapatkan perhatian prospek anda
dengan menangani masalah yang
dihadapinya dan jelaskan bagaimana
anda boleh menyelesaikannya.
Sebaik sahaja anda telah menarik
perhatian mereka, uruskan penolakan
dengan mengatur janji temu untuk
lebih memahami keadaan mereka
bagi mencari penyelesaian terbaik
yang dapat memenuhi keperluan
mereka. Selepas menetapkan tarikh,
ikuti dengan beberapa soalan lagi
untuk mengumpulkan lebih banyak
maklumat mengenai prospek anda
bagi mempersiapkan diri anda.
Perniagaan ini memberi ganjaran
kepada anda untuk membantu orang
lain berjaya. Bagi membantu orang
untuk berjaya, anda perlu melihat
peranan anda sebagai pemimpin
dan pelatih, bukan hanya perekrut
atau jurujual. Ini dapat membantu
anda menumpukan kepada kejayaan
terhadap mereka yang anda bawa
ke dalam perniagaan dengan
meluangkan masa untuk menjawab
soalan mereka, melatih mereka,
menyokong mereka semasa melalui
masa yang sukar, dan meraikan
kejayaan mereka.
ELKEN CLUB • 11/12 2018
21