EDUREACH GCE O Level Assesment Papers | Page 8

Latihan Efektif Bahasa Melayu Untuk Peringkat ‘O’ Latihan 1 Bahagian B: Kefahaman 1 Arahan: Baca petikan-petikan berikut dengan teliti Petikan 1 Pada hari Ahad hadapan, kawasan kejiranan Taman Selasih akan mengadakan pertandingan futsal. Sukan tersebut sangat digemari anak-anak muda. Ia bakal diadakan di pusat futsal yang terletak di taman tersebut. Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti Sukan Masyarakat yang menganjurkan berbagai-bagai aktiviti sukan. 12 kumpulan belia lelaki dan 6 kumpulan belia perempuan telah mendaftar untuk bertanding. Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran. Malah, pakaian mereka akan ditaja oleh Kesatuan Masyarakat. Pemain futsal memerlukan stamina yang tinggi. Padang futsal lebih kecil daripada padang bola tetapi pemain perlu pantas kerana setiap kumpulan hanya mempunyai 5 orang pemain. Penganjur berharap pertandingan ini akan menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk. Mereka bercadang menganjurkan aktiviti bersenam beramai-ramai sebelum pertandingan bermula. Wakil rakyat akan turut serta untuk menyemarakkan majlis ini. Satu pertandingan persahabatan juga telah dirancang. Penganjur telah mengundang beberapa orang artis tempatan untuk bermain futsal selama 5 minit bersama aktivis belia yang aktif. Pemenang di peringkat kejiranan ini akan bertanding di peringkat nasional. Penduduk Taman Selasih sudah sepakat untuk menyokong kumpulan yang bakal mewakili kawasan mereka pada bulan Disember nanti. 6