eBuletin Pengurusan PSS Sekolah Vol1 2014 | Page 3

PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PERPUSTAKAAN 1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH a. Mewujudkan hubungan erat antara guru dengan guru dan murid dan guru. b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas. c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah. d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ". e. Menarik minat murid ke perpustakaan. 2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka. b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang kokurikulum. c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya. d. Menarik minat murid 3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR) a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang kurikulum. b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR. c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 4. ALBUM PUSAT SUMBER a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar. b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber. c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber. d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan. b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan. c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah d. Menarik minat murid ke perpustakaan. 6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU a. Menarik minat murid untuk membaca. b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan. c. Menarik minat murid ke perpustakaan. 7. SUDUT KUIZ BESTARI a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan. b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan. c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.