e-Buletin Pekan Bahru vol1 | Seite 7

Balkis PENJENAMAAN SEMULA Kelab Guru diberi nafas baru dengan nama yang lebih segar yang kini dikenali sebagai Badan Amal dan Kebajikan Staf Sekolah Kebangsaan Pekan Bahru atau akronimnya BALKIS. MATLAMAT Penubuhan BALKIS adalah bertujuan memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan setiap ahli agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Pekan Bahru ini lebih kondusif dan produktif. TUJUAN-TUJUAN KELAB 1. Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan kakitangan. 2. Untuk membolehkan guru-guru dan kakitangan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 3. Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.