Dental Health Magazine Dental Health Digital Issue | Page 39

Fungsi pengunyahan yang tidak efisien boleh menyebabkan gangguan nutrisi dan masalah kesihatan
Issue # 5 , March 2017 39

KENAPA GIGI SAYA MENJADI JARANG ?

Artikel :
Dr Renukanth Raman BDS ( Malaya ) MClinDent ( Perio )( Malaya )
Periodontal Clinical Specialist

Fungsi pengunyahan yang tidak efisien boleh menyebabkan gangguan nutrisi dan masalah kesihatan

Senyuman yang menawan merupakan satu ciri estetik yang menjadi idaman ramai . Dengan peredaran masa , semakin banyak penekanan diberikan kepada kesihatan mulut dan kepentingannya sebagai satu komponen utama kesihatan umum . Gigi yang tersusun cantik adalah matlamat yang cuba dicapai oleh kebanyakan anggota masyarakat . Oleh yang demikian , apabila pergerakan gigi yang tidak diingini berlaku , ia menjadi satu isu yang membawa impak yang negatif kepada diri seseorang itu .
Pergerakan gigi yang tidak diingini ini , boleh menyebabkan perubahan orientasi gigi dan hasilnya adalah gigi yang terputar , condong atau jarang . Perubahan-perubahan ini mempunyai impak negatif keatas paras rupa dan fungsi pengunyahan seseorang individu .
Fungsi pengunyahan yang tidak efisien boleh menyebabkan gangguan nutrisi dan masalah kesihatan , manakala kesan keatas rupa paras boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang . Impak kesihatan mulut keatas kehidupan memang jelas dan ianya tidak dapat diasingkan daripada kesihatan tubuh .
Dalam keadaan mulut yang sihat , gigi kita kekal ditempat yang sepatutnya melalui kesinambungan daya yang bertindak ke atas gigi . Gigi kita sentiasa menerima daya tolakan dari pelbagai arah . Contohnya , lidah kita mengenakan daya tolakan yang akan mencuba menolak gigi keluar , tetapi daya tolakan ini dilawan dan diseimbangkan oleh daya daripada otot bibir yang cuba menolak gigi ke dalam . Hasilnya , gigi kita kekal ditempat asal . Tambahan kepada ini , setiap batang
Gambar dari http :// www . buccasana . es
gigi kita akan membantu gigi yang bersebelahan untuk kekal ditempat asal dengan cara tidak memberikan ruang untuk bergerak . Selain itu , gigi kita juga mempunyai ligamenligamen kecil ( ligamen periodontal ) yang berfungsi sebagai alat pautan gigi kepada tulang rahang . Ligamen ini turut membantu mengelakkan pergerakan gigi yang tidak normal .
Sebab
Pergerakan gigi yang tidak normal berlaku bila terdapat gangguan kepada