BENGKEL
Ilmu Swa-Acuan
Bengkel yang tersebut di atas adalah anjuran Pusat Dialog Peradaban (PDP) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya (UM) yang diadakan pada 22 Januari, 2017 =25 J. Awwal 1438 H = 25 Syrawana 1939 Saka. Tempatnya ialah di Bilik Seminar Fakulti Sains, UM. Bengkel ini dijangka dimulai pada pukul 10 pg hingga 4 ptg tetapi terpaksa digeserkan pada pukul 10.30 dan berakhir pada 4.40 ptg. Seramai 28 orang mengikuti bengkel ini yang kebanyakan terdiri daripada siswazah pelbagai bidang. Setara peserta yang tamat bengkel ini diberi sekeping sijil.
Bengkel ini dijalankan oleh Prof. Emer. SHAHARIR bin Mohamad Zain (Shaharir b.M.Z), Zamil (rasminya, Felo) Pusat Dialog Peradaban UKM dan Zamil (rasminya Felo) Akademi Sains Malaysia dengan bantuan Dr. Muhamad Alinor bin Abdul Kadir (Alinor M.b.A.K.), sarjana dan karyawan bebas merangkap Zamil Sekutu INSPEM dan PDP.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman akan maksud ilmu mengikut acuan sendiri, atau ringkasnya ilmu swa-acuan ini; memaparkan kaedah pembinaan ilmu itu; dan memaparkan kaedah penulisaan ilmu itu sebagai sesebuah makalah ilmiah dan membuat latihan terhadapnya.
Bengkel dilangsungkan secara kuliah berasaskan catatan kuliah yang dibekalkan itu dan dibuka peluang berinteraksi (soal-jawab) seluas-luasnya secara celahan peserta bila-bila masa dan provokasi penceramah.
23 | UMCCD Bulletin Dec 2016 - Jun 2017
Prof. Shaharir menerangkan tujuan dan kandungan bengkel kepada para peserta
Prof. Shaharir menerangkan tentang bahasa sementara peserta membaca makalah yang disediakan
Click to play
Program dan pengisian yang sangat baik.
-Peserta