Buletin Taman Dan Ameniti, Sesi Mac-Julai 2013 Edisi Ke-2 | Page 8

GEORGETOWN : Satu Bengkel Interpretasi Studio 1 telah diadakan, pada 9 - 12 April 2013. Bengkel Interpretasi Studio 1 ini, merupakan salah satu projek yang dijalankan di bawah subjek, Park and Amenity Management Studio 1 (PMG 550). Untuk semester ini, kawasan kajian yang dipilih ialah di Tapak Warisan Dunia UNESCO Georgetown, Pulau Pinang, yang berkonsepkan budaya & sejarah. Bengkel yang mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan George Town World Heritage Inc. (GTWHI) ini, disertai oleh 78 orang pelajar semester 04 dan 04 orang pensyarah pengiring, yang bertanggungjawab untuk memberi bimbingan sepanjang proses pengumpulan data dan interpretasi. KULIM - Bengkel Pelan Pengurusan Studio 2 telah dijalankan dengan jayanya pada 08 - 12 April 2013. Untuk semester ini kawasan kajian yang dipilih ialah di Sungai Sedim, Kulim Kedah. Bengkel ini disertai oleh 104 orang pelajar semester 05 dan 04 orang Pensyarah Pengiring iaitu Encik Azman Abdul Rahman, Cik Ely Rouzee Binti Jamaluddin, Pn. Norajlin Jaini dan Encik Firdaus Chek Sulaiman. Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang proses mentafsir landskap semulajadi, merangka maklumat berkaitan sumber , sosial dan elemen pengurusan Sungai Sedim. IPOH – Pada 10 - 11 Mei 2013, satu lawatan akademik telah diadakan di Taman Tema The Lost World Of Tambun, Ipoh Perak, yang dikendalikan oleh pelajar semester 03 bagi subjek ‘ Club and Theme Park Management’ (PMG513). Program ini membantu pelajar memperolehi inspirasi baru dalam perancangan dan pengurusan. Ia turut membantu meningkatkan kemahiran dan memberi peluang kepada pelajar melihat dan melakukan aktiviti yang dijalankan di taman tema tersebut. Antara objektif lawatan ini adalah menjalankan kajian pembangunan taman tema di kawasan kajian tersebut dan memberi pendedahan dalam kerja-kerja berkumpulan. BULETIN TAMAN & AMENITI EDISI Ke-2