Buletin Taman Dan Ameniti, Sesi Mac-Julai 2013 Edisi Ke-2 | Page 3

PRAKATA Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tahniah dan Selamat datang kepada semua pelajar Pengurusan Taman dan Ameniti untuk sesi September 2013 - Januari 2014. Kepada pelajar baru, saudara dan saudari di alu-alukan untuk menyertai keluarga Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti untuk menimba ilmu, serta pengalaman semasa berada di kampus. Untuk pelajar senior, tahniah juga kerana berjaya melalui sebahagian daripada semester di dalam pembelajaran. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka pada semester ini, pihak Pusat Pengajian mengucapkan tahniah dan berdoa agar mereka, berjaya di dalam kehidupan. Alam akademik akan mula berubah. Semester ini akan menyaksikan satu gabungan pembelajaran di antara kelas dan teknologi maklumat. Pensyarah dan pelajar akan berinteraktif untuk pembelajaran melalui Facebook, blog atau laman sosial yang di persetujui bersama. Diharapkan ianya dapat dimanfaatkan bersama. Sekian dan berjumpa lagi. Prof. Madya Suria Bin Sulaiman Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya usaha untuk menerbitkan Buletin Persatuan Pengurusan Taman dan Ameniti ini telah dapat disempurnakan. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada warga kerja buletin di atas usaha dan komitmen semua dalam menjayakan penerbitan Taman dan Ameniti Edisi-2 ini. Peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang terlibat adalah amat dihargai. Kewujudan Buletin ini sememangnya tepat pada masanya dan sejajar dengan matlamat untuk berkongsi informasi berkenaan Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan dan fakulti kepada semua pelajar. Naskah ini juga turut memaparkan kejayaan dan pencapaian Pusat Pengajian dan juga para pelajarnya. Diharap informasi yang dikongsikan dapat menaikkan semangat dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar baru mahupun pelajar-pelajar sedia ada. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru para pelajar melibatkan diri di dalam setiap aktivti yang dianjurkan oleh persatuan. Sesungguhnya kerjasama anda semua amat penting dalam menaikkan nama persatuan. Akhir kata, diharap warga Pusat Pengajian dapat menyokong usaha positif ini dengan memberi input seperti artikel, laporan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan kejayaan atau anugerah yang diterima agar ianya menjadi bahan tatapan umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua. Sebarang cadangan, komen atau pandangan yang kritis adalah amat dialu-alukan bagi memantapkan keluaran-keluaran yang akan datang. Cik Siti Zubaidah Binti Mat Tahir Penasihat Persatuan Pengurusan Taman & Ameniti Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, Syabas diucapkan kepada sidang redaksi Buletin Taman & Ameniti kerana dapat menyiapkan Buletin Taman & Ameniti edisi ke-2 dengan jayanya. Dengan kesempatan yang diberikan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sepatah dua kata sebagai Presiden PAMS bagi sesi 2013/2014. Dengan wujudnya buletin ini ia sedikit sebanyak dapat memberi maklumat dan informasi tentang aktiviti-aktiviti PAMS untuk dikongsi bersama khususnya pelajarpelajar baru. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PAMS terutama KPP, Penasihat Persatuan, Pensyarahpensyarah, AJK Persa GV?F?&???&??6WW&?V?v??W&??V?&W&??WW&6??F?6????v??WF6?6V?6?V?W&?V??W??????26W6?#2?#B???????"?F?6??V??????WF6V?Vv&v?27W?FB?V?W'W6??6????v?F?V?v?&F??FF???F?f?F???rF???W&????V?W'6GV???V??F?&???6???&W6?FV?W'6GV?V?wW'W6?F??b?V??F???%T?UD??D??b?T??D?TD?4??R? ??