Buletin Taman Dan Ameniti, Sesi Mac-Julai 2013 Edisi Ke-2 | Page 10
WIRASA SENI UiTM 2013
UiTM SHAH ALAM - Pusat Kebudayaan HEP dengan kerjasama Fakulti-Fakulti UiTM Shah Alam telah menganjurkan WIRASA SENI 2013 iaitu pertandingan kesenian antara fakulti sepanjang bulan April 2013. Program ini pertama kali diadakan bagi meningkatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Terdapat sebanyak 12 kategori dipertandingkan merangkumi 05 kategori, iaitu muzik, teater, apresiasi sastera, tarian dan pengajuran acara. Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan pertandingan Battle of The Band antara fakulti. Program gilang-gemilang ini Turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan Nash (Lefthanded) dan Band Klangit. Persatuan Pengurusan Taman dan Ameniti juga tidak terkecuali dengan menghantar beberapa orang pelajarnya menyertai pertandingan seperti Koir dan Tarian tradisional. Pada malam Gala Wirasa Seni Uitm 2013 yang bertempat di Dewan Sri Budiman, FSPU telah memenangi Penganjuran Terbaik Keseluruhan (Pertandingan Battle of the Band), Johan Tarian Tradisional dan Naib Johan Kategori Nasyid. Tahniah dan Syabas kepada pelajar yang terlibat dalam Wirasa Seni UiTM kali ini.
MALAM PRA-GRADUAN FSPU
SHAH ALAM - 07 Jun 2013, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan FSPU dan juga Malam Pra-Graduan yang bertempat di Hotel DePalma Shah Alam. Acara ini adalah anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar dan Seketariat Mahasiswa Fakulti. Objektif majlis ini adalah untuk meraikan para pelajar tahun akhir sebelum mereka bergraduasi. Antara anugerah yang disampaikan pada malam yang gemilang itu ialah anugerah kecermerlangan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan juga memberikan anugerah kepada persatuan terbaik di fakulti. Lebih membanggakan lagi pada malam itu PAMS telah merangkul anugerah persatuan terbaik bagi kategori Keusahawanan. Pada malam itu juga telah di sempuranakan satu pelancaran Kelab Keusahawanan Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur atau dikenali sebagai 'BIZ CLUB FSPU', Satu lagi sejarah tertulis apabila Presiden Biz Club FSPU yang pertama dan juga ahli paling ramai adalah terdiri daripada pelajar pengurusan taman & ameniti. AMENITI Syabas dan tahniah diucapkan.
BULETIN TAMAN & EDISI Ke-2