BULETIN SKPPS 2014 Jun. 2014 | Page 9

PIAGAM PELANGGAN KAMI, WARGA SK PARIT PINANG SERIBU, MUAR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPAHKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Memastikan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami iaitu murid-murid, ibu bapa, Jabatan Pendidikan serta sentiasa sedia berbincang dengan ibu bapa, penjaga dan masyarakat untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah. Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan jawapan segera kepada pelanggan yang berurusan dengan kami. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan. SEKIRANYA ANDA KURANG BERPUASHATI, SILA HUBUNGI PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MUAR DI ALAMAT BERIKUT: Pejabat Pelajaran Daerah Muar JKR 242, Jalan Arab, 84000 Muar. No Tel: 06-9521895 / 06-9528794 No Fax: 06-9528795