Buletin pss 2014 Volume 1 | Page 7

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PENGGUNAAN. 1) Dibuka setiap hari persekolahan 7.00 pagi hingga 1.30 petang. Pada hari Sabtu 8.00 pagi hingga 12.00 tenga hari. 2) Perpustakaan ditutup pada hari Jumaat, Cuti Umum dan Hari Kelepasan. 3) Perpustakaan boleh digunakan untuk tujuan lain yang bersesuaian dengan syarat mendapat kebenaran dari guru perpustakaan. PAKAIAN 1) Berpakaian seragam, kemas dan bersih. 2) Menanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan. DISIPLIN 1) Tidak dibenarkan membawa masuk beg, pakaian ,atau makanan dan minuman. 2) Jangan membuat bising di dalam perpustakaan. 3) Dilarang merokok. 4) Semua aktiviti murid perlu kawalan oleh guru. 5) Buku yang telah dibaca diletakkan di dalam bakul yang telah disediakan. 6) Jaga kebersihan perpustakaan.