SEKAPUR SIRIH
Salam ukhwah dan salam satu Malaysia diucapkan kepada
semua pengguna Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Parit
Bulat. Terlebih dahulu saya mewakili semua ahli bidang
redaksi yang terlibat dalam pengeluran buletin PSS edisi
bulan Januari hingga Mac ini ingin merakamkan ucapan
terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Guru
Pusat Sumber, Pn. Nor Zalina Binti Hj. Sibon. Beliau telah
banyak membantu sepanjang pendokumentasian buletin ini.
Semangat yang beliau tunjukkan perlu dicontohi dalam
dalam memberi nasihat dan pandangan bernas semasa kami
mengumpul bahan dan artikal yang berkaitan. Selain itu,
ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli sidang
redaksi yang telah bertungkus-lumus menjayakan
pendokumentasian ini. Dalam keluaran sulung bagi tahun
2014 ini, buletin PSS memaparkan secara ringkas perihal
kepelbagaian maklumat yang boleh didapati oleh pelajar
mahupun guru sekolah ini. Keluaran kali ini meliputi skop
pendidikan yang lebih luas sebagai usaha menarik minat
warga Sekolah Kebangsaan Parit Bulat untuk pergi ke pusat
sumber. Adalah diharapkan supaya pembaca dapat
memanfaatkan buletin PSS ini dan menyedari bahawa pusat
sumber merupakan gedung ilmu pengetahuan yang meliputi
pelbagai aspek bidang pendidikan.
“SELAMAT MEMBACA!”
NOR SHAHIDA AIMI BINTI SAZALI
Ketua Pengarang,
TINTA, Buletin PSS