IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
4.0
3.11
Minit Mesyuarat Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran
3.12
Minit Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru
DEFINISI
4.1
Istilah
4.1.1
Perancangan Tahunan IPGM dan IPG merujuk kepada rancangan aktiviti/program termasuk takwim yang
disediakan oleh IPGM dan IPG setiap tahun bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti/program latihan
keguruan praperkhidmatan sepenuh masa. Penilaian Perancangan Tahunan mesti dibuat berdasarkan
Perancangan Tahunan IPGM dan IPG bagi tahun semasa.
4.1.2
Mesyuarat Pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MPIPGM) ialah jawatankuasa tertinggi di
peringkat IPGM yang dipengerusikan oleh Rektor/Timbalan Rektor dan anggota-anggotanya terdiri daripada
semua Pengarah, KJ dan KU setiap Pusat/Sektor/Jabatan/Unit. Setiausaha Mesyuarat ini terdiri daripada
seorang pegawai yang dilantik. Mesyuarat ini diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
4.1.3
Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru (MPPPIPG) ialah jawatankuasa
tertinggi di peringkat IPG yang dipengerusikan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah IPG dan ahli-ahlinya terdiri
daripada semua KJ, KUK, KULDP, KUPP, KUPr, KUKP, KPS, KUK dan SUA. Mesyuarat diadakan sekurangkurangnya empat (4) kali dalam tempoh satu semester.
4.1.4
Takwim ialah kalendar tahunan IPGM dan IPG yang mengandungi aktiviti utama pusat, sektor dan jabatan
IPGM/jabatan dan unit IPG dan menjadi panduan kepada pelaksanaan aktiviti tahunan.
4.1.5
Jawatankuasa Kerja Perancangan Tahunan ialah Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyediakan
Perancangan Tahunan, Takwim dan Surat Pelantikan Jawatankuasa Kerja.
PERANCANGAN TAHUNAN 2016
55