BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2019 Buku Pengurusan SKTBI 2019 | Page 8

PENGURUSAN 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH . . PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR MATLAMAT Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali. OBJEKTIF Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti. Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan. SASARAN Murid-murid yang bersekolah di Johor samada bersekolah menengah atau rendah. CADANGAN AKTIVITI Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Program Karakter Murid Johor akan dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa: : Keseragaman pemaikaian T-shirt KrMJ, Budaya salam, Amalan Doa & Lagu Patriotik Johor : Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut kemas : Program kendalian murid dan Program kepimpinan. IMPAK Membentuk karakter kepimpinan berkualiti dan holistik HARAPAN Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan mudah dikenali. Fasa 1: 1. Keseragaman Kemeja – T Pakaian kemeja – T yang direka khas ini boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum, program- program luar bilik darjah, pertandingan peringkat daerah MSSD, MSSJ dan MSSM. Keseragaman bergambar gaya bebas (free style) – Gaya Zapin Johor. 2. Budaya Salam Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan untuk murid-murid Melayu sahaja. Murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid Melayu. Amalan pengucapan salam ‘Salam Muafakat Johor’ digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 3. Amalan Doa Skrip doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah tangan. Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Kedua-dua tangan berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan berada di atas tangan kiri.