BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2019 Buku Pengurusan SKTBI 2019 | Page 6
PENGURUSAN 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH
.
.
Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mendapat maklumat kemajuan, perkemnbangan dan kebolehan murid.. Ia bersifat formatif bagi
membolehkan guru-guru membuat doiagnostik terhadap kemajuan murid serta murid pula dapat diukur
ansur maju kemajuan mereka. Pentaksiran berlaku bagi semua mata pelajaran, Tahap Penguasaan (TP) murid
dilihat kepada Standard Prestasi yng ditetapkan.
Murid melalui proses aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Proses yang berlangsung perlu menepati keperluan
kurikulum serta berfokuskan kepada Pembelajaran Abad Ke21 (PAK21). Manakala guru akan mentaksir
dengan kepelbagaian kaedah seperti kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan sebagainya.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK)
PAJSK merupakan kaedah pentaksiran untuk mengukur aspek penglibatan, penyertaan dan prestasi murid
dalam kegiatan kokurikulum, dan sukan.
Standard Kecergasan Kebangsaan Untuk Murid Sekolah (SEGAK)
Amalan aktiviti kecergasan murid diukur melalui SEGAK yang diadakan dua kali setahun iaitu pada Mac dan
Ogos. Ia melibatkan Ujian Indek Jisim Badan (BMI) dan Ujian Fizikal.