[13.02 2012]
[BENGKEL MINISITE]
Sebelum kita teruskan, saya ingin menerangkan secara ringkas jenis-jenis
rule yang terdapat di dalam CSS. Secara umumnya, CSS terdiri daripada
3 rule iaitu
1. Type - Ia merupakan element yang memang sudah wujud
ataupun pre-defined di dalam file HTML. Contohnya body, table,
form, p, h1, h2, h3 dan sebagainya. Nama elemen ini tidak boleh
diubah.
2. Class - Ia merupakan elemen yang kita bina sendiri. Contohnya
header, footer, content dan sebagainya. Nama elemen boleh
diubah mengikut apa sahaja yang kita suka seperti kereta, ayam
dan sebagainya. Elemen class boleh digunakan secara berulang
kali di dalam file HTML. Simbol untuk class adalah .(dot) Contohnya .testi, .box dan sebagainya.
3. ID - Ia sama sahaja seperti class. Perbezaannya, ia hanya boleh
digunakan sekali sahaja di dalam file HTML. Simbol untuk ID
adalah #. Contohnya #header, #footer dan sebagainya
Berbalik kepada proses membina header, elemen yang paling sesuai
untuk header adalah ID kerana ia tidak digunakan secara berulang di
dalam file HTML. Jadi kita akan pilih pilihan ketiga iaitu ID (rujuk
gambarajah dibawah)
Masukkan nama untuk ID tersebut. Dalam contoh ini, saya namakan
sebagai #header. Kemudian klik button “Create Stylerule”.
[NJeBiz.ws] | http://njebiz.ws
44