Prayer times in Birmingham are not fixed. This is due to the transition of season after season. We recommend for you to download a mobile application for prayer times such as Muslim Pro.
We also understand that during your time in the United Kingdom, you will not only stay in Birmingham. Therefore, we provide with you a detailed guide for Solat Qasar & Jama' below.
Mengqasarkan (memendekkan) solat fardu yang empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.
Menghimpunkan (menjama'kan) dua solat farhu dalam satu waktu iaitu Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.
Menjama' serta mengqasarkan dua solat fardu sekaligus; iaitu menghimpunkan dua solat fardu serta manjadi dua rakaat sahaa iaitu solat Zuhur dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak
Solat fardu yang harus diqasarkan atau diringkaskan itu ialah solat fardu yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isyak. Solat Maghrib tetap tiga rakaat dan Subuh tetap dua rakaat, tidak boleh diqasarkan lagi
Solat Fardu yang harus dijama'kan (dihimpunkan) pula ialah solat fardu Zuhur boleh dihimpunkan dengan solat fardu Asar dan solat fardu Maghrib boleh dihimpunkan dengan solat fardu Isyak. Solat fardhu Subuh tidak harus dijama' dengat solat-solat yang lain.
Jama' Taqdim ialah menghimpunkan solat fardu Zuhur dengan solat Fardu Asar dan dikerjakan dalam waktu Zuhur. Demikian juga solat fardu Maghrib dihimpunkan dengan solat fardu Isyak dan dikerjakan dalam waktu Maghrib.
Jama' Ta'khir ialah menghimpunkan dua solat fardu yang beriringan waktunya, dikerjan setelah masuk waktu solat yang kedua atau yang akhir; iaitu solat fardu Zuhur dihimpunkan dengan solat fardu Asar, dikerjakan dalam waktu Asar; dan solat fardu Maghrib dengan solat fardu Isyak, dikerjakan dalam waktu Isyak.