Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 98
6.0 PELAKSANAAN PROGRAM
PROGRAMME MODULE
RESEARCH
STUDENT
EXCHANGE
PROGRAMME
(StEP)
NETWORKING
&
ENGAGEMENT
Program Global Exchange Programme ini menerapkan tiga (3) komponen utama sepanjang program
berlangsung. Tiga modul pengisian program terdiri daripada Penyelidikan, Students Exchange
Programme (StEP) dan juga kerjasama strategik.
Melalui elemen pertama program, iaitu penyelidikan, Jawatankuasa program bersepakat untuk
melaksanakan tiga (3) penyelidikan secara bersama dengan kerjasama pertubuhan yang berkaitan.
Ketiga-tiga penyelidikan tersebut adalah berfokus kepada bidang sains haiwan, undang-undang dan juga
pencegahan jenayah di negara-negara berkenaan. Kesemua sasaran peserta yang dikehendaki untuk
melaksanakan penyelidikan berkenaan adalah terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
2012/2013 dan dibantu oleh tiga orang penyelia yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai pengiring
program yang mahir dalam keadah penyeldikan. Berikut adalah ringkasan lanjut berkenaan tajuk dan
skop penyelidikan yang ingin dibangunkan.