Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 93
1.0
TUJUAN
1.1
Tujuan kertas kerja ini untuk mendapatkan sokongan dan memohon kelulusan daripada
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
untuk menganjurkan program Global Exchange Programme: Research & Innovation Tour
pada pertengahan bulan Januari 2014.
1.2
Di samping itu, ia adalah bertujuan untuk memastikan perancangan dan perjalanan
program ini dapat berjalan dengan lancar seiring moto rasmi Majlis Perwakilan Pelajar
UniSZA 2012/2013.
1.3
Selain itu, kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
program dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) bagi tujuan penganjuran
program Global Exchange Programme: Research & Innovation Tour.
2.0
LATARBELAKANG PROGRAM
Program Global Exchange Programme: Research & Innovation Tour ini adalah anjuran Majlis
Perwakilan Pelajar dengan kerjasama beberapa Persatuan Pelajar di Korea dan Filipina iaitu,
Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK), Asian Law Students? Association Korea (ALSA
Korea), Association of Law Students of the Philippines (ALSP), Malaysian Association of the
Republic of Korea (MARK), Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF), Bahagian Hal Ehwal
Pelajar & Alumni, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UniSZA dan Universiti Sultan Zainal
Abidin.
Program ini dijangka berjalan selama 13 hari, dimana 6 hari akan berlangsung di Manila, Filipina
dan 7 hari di lima buah Universiti di sekitar Seoul. Antara pengisian Global Exchange Programme
ini adalah, kesemua delegasi akan didedahkan kepada segala pembangunan kearah
penyelidikan & inovasi yang dilaksanakan di universiti-universiti di sekitar Manila dan Seoul.