Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 80
4.5.4 Pengerusi memutuskan bahawa cadangan yang diutarakan oleh
MPP sememangnya perlu. Hakikatnya, sepatutnya scenario
kaunter kosong tidak sewajarnya berlaku. Sekurang-kurangnya
perlu ada satu (1) atau dua (2) pegawai standby di pejabat
walaupun ketika waktu makan tengahari. Hal ini kerana,
kadangkala ketika inilah pelajar lapang dari kelas dan kuliah
sepanjang hari.
4.5.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa secara asasnya, dasar
pentadbiran adalah pejabat tidak boleh kosong didalam satu-satu
masa. Amalan loceng perlu diterapkan sepertimana yang
dipraktikkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan.
Makluman
Makluman
4.6 STATUS PEMBANGUNAN & PERPINDAHAN KE KAMPUS
BESUT, TEMBILA
4.6.1 Persoalan yang diutarakan oleh MPP berkaitan Kampus Besut
khusus melibatkan aspek-aspek berikut:
(a). Tarikh/anggaran tarikh yang untuk memaklumkan
secara rasmi mengenai perpindahan ke Kampus Besut.
(b). Tarikh/anggaran sebenar perpindahan akan dibuat.
(c). Status kemudahan yang disediakan
(d). Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Makluman
Makluman
4.6.2 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa sehingga
tarikh 29 Jun 2013, mengikut keputusan yang telah dimaklumkan
bersama mesyuarat pengurusan, perpindahan sudah boleh bermula
seawal 1 Julai 2013 khusus melibatkan pegawai-pegawai dan staf
yang terlibat.
Makluman
4.6.3 Pelantikan Pengarah Kampus Besut juga telah dibuat dan disertai
oleh Timbalan Pendaftar Kanan, dan Pengarah Koleh Kediaman
Kampus Besut yang mengurus segala pentadbiran di Kampus
Besut, Tembila.
Makluman
4.6.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa perpindahan akan berlaku
dua (2) Fasa. Fasa pertama akan melibatkan Fakulti Informatik dan
Komputeran (FIK), manakala Fasa Kedua melibatkan Fakulti
Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan (FPBSM).
Makluman
Makluman
4.6.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa apa yang pasti, menjelang
September 2013 pasti sudah akan ada berlakunya perpindahan.
4.6.6 Pengerusi menerangkan bahawa kumpulan pertama yang akan
berpindah ke Besut pastinya akan mendapatkan beberapa
kemudahan yang minima sekiranya dibandingkan dengan Kampus
Gong Badak dan Kota. Namun, usaha untuk memastikan
kemudahan seperti wi-fi dan bas akan dibuat selesai perpindahan
keseluruhannya.
Makluman