Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Página 34

ALSA INTERNATIONAL CONFERENCE 2013, SEOUL KOREA Persatuan Mahasiswa Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa UniSZA (FLAIRSOC) UniSZA, Asian Law Students? Association UniSZA, dengan kerjasama ALSA Malaysia dan Asian Law Students? Association International Board telah menganjurkan ALSA International Conference 2013 bertempat di Korea Selatan. Mahasiswa Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA) Universiti Sultan Zainal Abidin merupakan tiga (3) daripada mahasiswa/i yang terpilih daripada 30 delegasi mahasiswa/i Undang-Undang ALSA Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa/i UKM, UM, UiTM, UIAM, Advance Tertiary College(ATC), HELP University College, KDU University College dan INTI International College . Ketiga-tiga mahasiswi berkenaan mewakili universiti di atas kapasiti tersendiri di dalam ALSA Malaysia National Board dan Local Board masing-masing. Ummu Farah Fais dan Olga Octavia Mathius, ISM Undang-Undang Tahun 3 masing-masing mewakili Universiti untuk membentangkan legal proposition bertemakan “Human Rights on Criminal and Victims”. Kedua-duanya juga masingmasing merupakan Presiden ALSA UniSZA Local Board 2012/2013 dan Setiausaha Agung ALSA UniSZA Local Board 2012/2013. Manakala, Nur Izzah Liyana Binti Haji Mat Nayan, ISM Undang-Undang Tahun 4 mewakili Universiti atas kapasitinya sebagai Setiausaha-Agung Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Malaysia (ALSA Malaysia National Board 2012/2013) yang dinaungi oleh Y. Amat Berbahagia Tun Zaki Bin Tun Azmi, Mantan Ketua Hakim Negara selaku Patron ALSA Malaysia. Nur Izzah yang juga Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013 telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai ketua delegasi ALSA Malaysia sepanjang ALSA International Conference 2013 berkenaan. Persidangan antarabangsa yang bertemakan Human Rights on Criminals and Victims ini telah dirasmikan oleh Jin Young Kim, Director of the Organizing Committee ALSA International Conference 2013. Persidangan antarabangsa ini dilaksanakan di Seoul National University, dan Konkuk University, Seoul. Perasmian program ALSA International Conference 2013 juga menyaksikan kesemua ketua delegasi negara masing-masing melakukan simbolik perasmian yang meyatukan seluruh Negara Asia melalui slogannya Asian Integration dan ALSA Always Be One. Seminar antarabangsa ini disertai oleh lebih 350 mahasiswa/i Undang-Undang serata Asia. Antaranya adalah, ALSA Filipina, ALSA Sri Lanka, ALSA Laos, ALSA Vietnam, ALSA Brunei, ALSA Taiwan, ALSA Hong Kong, ALSA Japan, ALSA China, ALSA Thailand, ALSA Singapore, dan ALSA Indonesia. Disamping negara-negara Asia, persidangan ini juga turut mendapat penyertaan dari Australian Law Students? Association (AusLSA). ALSA International Conference ini menyediakan keseluruhannya 6 Table Discussions yang terdiri daripada: (1). Table Discussion A: Human Rights on Sexual Victims and Its Criminals (2). Table Discussion B: Human Rights on Offences Committed by Juveniles and Its Victims (3). Table Discussion C: Human Rights on Murderer and Victims? Family (4). Table Discussion D: Human Rights on Foreign Criminals and Victims (5). Table Discussion E: Human Rights on Assaulter and Victim on Family Affairs (6). Table Discussion F: Human Rights on Victims of Torture