Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 101

Selepas tamat tarikh memohon, Jawatankuasa program akan melaksanakan sesi interbiu sekiranya permohonan sangat memberangsangkan. Sesi interbiu akan dibuat di ketiga-tiga buah kampus mengikut tarikh yang ditetapkan. Berikut adalah senarai panel yang Jawatankuasa Program mencadangkan untuk terlibat sama bersama Jawatankuasa Tertinggi program: (1). Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (2). Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan (3). Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (4). Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Terengganu (5). Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (6). Wakil Majlis Tertinggi Program Global Exchange Programme Terakhirnya, modul ketiga iaitu kerjasama strategik adalah berfokus kepada lawatan ke Pejabat Kedutaan Malaysia di kedua-dua buah negara Filipina dan Korea, serta Universiti-universiti yang terpilih untuk melihat pembangunan fasiliti penyelidikan yang dibangunkan oleh universiti berkenaan. Selain itu, adalah kerjasama bersama perwakilan mahasiswa Asian Law Students? Association (ALSA) di Filipina dan juga di Korea bersama-sama Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK). Kerjasama strategik ini dilihat dapat membantu mempergiat mobiliti mahasiswa/i dan juga membantu menjalin kerjasama serantau bersama mahasiswa/i serantau Asia.