08
al-Siha | September, 2019
ISU: DENGGI
Kes denggi
semakin serius!
KKM laksana kaedah inovasi dalam
operasi, kawal denggi dengan melepaskan
telur nyamuk Aedes berWolbachia
Telur nyamuk Aedes
berWolbachia.
oleh Norzira Syarini Mohammed Pauzi
S
Datuk Seri Dr Dzulkefly meletakkan bekas tempat pembiakan nyamuk Aedes berWolbachia.
Suntikan
bakteria
Wolbachia?
S
ebanyak 16,000 ekor nyamuk Aedes berWolbachia
dilepaskan setiap minggu di AU2 Keramat yang
mempunyai keluasan kira-kira 0.6km.
Menurut Pakar Penyelidik Entomologi Perubatan,
Institut Penyelidikan Perubatan KKM Dr Nazni Wasi
Ahmad, jumlah pelepasan nyamuk di setiap kawasan
bergantung kepada keluasan tempat dan kepadatan
penduduk di kawasan tersebut dan kepadatan bilangan
nyamuk Aedes aegypti.
“Wolbachia adalah bakteria yang didapati secara
semulajadi dalam hampir 60 peratus serangga ter-
masuklah lalat, rama-rama, belalang, nyamuk dan
lain-lain dan Wolbachia hanya dapat hidup di dalam sel
serangga,”katanya.
Walau bagaimanapun, jelas beliau nyamuk
Aedes aegypti iaitu pembawa utama demam
denggi tidak mempunyai Wolbachia dan bak-
teria Wolbachia perlu disuntik ke dalam telur
nyamuk Aedes aegypti menggunakan teknik
suntikan mikro sehingga telur nyamuk ini
menetas.
ebanyak 91,460 kes denggi telah dilaporkan
dari 1 Januari 2019 hingga 2 September 2019,
manakala jumlah kematian akibat demam
denggi pula seramai 132 orang dari 1 Januari
2019 hingga 31 Ogos 2019. Malaysia merupakan
negara kedua di dunia selepas Australia yang
melaksanakan kaedah nyamuk Aedes berWolbachia
sebagai pencegahan kawalan denggi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ber-
kata, kaedah nyamuk Aedes berWolbachia ini dilaksanakan
susulan kejayaan rintis di lapan lokaliti di Negeri Selangor
sejak Mac 2017 dan telah menunjukkan penurunan kes
denggi sebanyak 50 peratus hingga 80 peratus di setiap
lokaliti.
“Pelaksanaan kaedah inovasi nyamuk Aedes berWol-
bachia ini dipilih untuk menangani beban kes denggi yang
tinggi dan juga untuk mengurangkan kebergantungan
kepada kawalan nyamuk dengan menggunakan racun
serangga,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru
ini.
Julai lalu, KKM telah melaksanakan pelepasan telur
nyamuk aedes yang disuntik dengan bakteria Wolbachia di
11 lokaliti di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Selangor sebagai langkah inovasi
dalam operasi kawalan denggi.
Fasa pertama operasi pelepasan telur nyamuk aedes
berWolbachia itu melibatkan negeri yang mempunyai
beban kes denggi dan kepadatan penduduk yang tinggi
manakala fasa seterusnya akan sentiasa dipantau oleh
KKM dan analisa akan dilakukan bagi memastikan keber-
hasilan operasi ini mengurangkan kes dan kematian akibat
denggi. — al-Siha
“Semua anak-anak nyamuk ini akan mempunyai
Wolbachia. Nyamuk yang mempunyai Wolbachia dapat
menghalang pembiakkan virus denggi di dalam badan
nyamuk. Jadi, penularan demam denggi dapat dihenti-
kan,” jelasnya.
STRATEGI HENTIKAN PENULARAN DENGGI
Dr Nazni berkata, terdapat dua strategi yang
digunakan iaitu strategi penggantian
populasi (replacement strategy) dan
juga strategi pengurangan popu-
lasi (population suppression).
Namun, di Malaysia, pihak KKM
menggunakan teknik peng-
gantian populasi (population
replacement).
“Objektif strategi ini adalah
untuk menggantikan nyamuk
Aedes liar di lapangan yang dapat
menyebarkan denggi dengan
nyamuk Aedes berWolbachia yang
tidak dapat menyebarkan denggi.
Untuk tujuan ini, nyamuk Aedes berWolba-
chia jantan dan betina akan dilepaskan ke lapangan.
Nyamuk Aedes betina berWolbachia akan mengawan
dengan nyamuk Aedes jantan liar di lapangan dan
menghasilkan telur berWolbachia. Apabila telur mene-
tas dan menjadi dewasa, semua nyamuk dewasa akan
mempunyai Wolbachia di dalam badannya, sekaligus
dapat menghalang pembiakan virus denggi.
Sebelum pelepasan dibuat, semburan racun serangga
akan dilakukan untuk meminimumkan jumlah nyamuk
Aedes liar di kawasan tersebut. Kami juga turut meman-
tau sekiranya ada peningkatan nyamuk selepas pelepasan
dilakukan.
Hasil kajian menunjukkan tiada peningkatan ketara
kerana apabila nyamuk jantan berWolbachia mengawan
dengan nyamuk betina di lapangan, telur yang terhasil tidak