20
al-Siha | SEPTEMBER, 2019
ANAK OH ANAK
Peluang kedua Nur Fitri
Pesalah pedofi lia kini sambung pengajian PhD di UKM
T
IDAK sepatutnya menjadi
satu masalah atau dikritik
keputusan membenarkan
genius Matematik, Nur Fitri
Azmeer Nordin (gambar)
yang didapati bersalah
memiliki lebih 30,000 imej serta video
lucah kanak-kanak di London dan
menyambung pengajian peringkat
Doktor Falsafah (PhD) di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), demikian
kenyataan Pensyarah Kanan Bahagian
Pendidikan Psikologi Universiti Malaya
(UM), Dr Noor Aishah Rosli.
Katanya, peluang belajar seumpama ini
patut diberikan memandangkan Nur Fitri
seorang pelajar yang bijak.
“Nur Fitri perlu diberikan peluang
dan pada masa sama perlu dipantau oleh
kaunselor atau penjaga yang boleh bantu
dia mengawal keadaan. Kita perlu sedar
bahawa manusia boleh berubah pada bila-
bila masa sahaja. Siapa kita untuk menilai
kerana kita sebagai manusia tidak terlepas
Tidak mudah untuk
mengenali seorang
pedofi lia kerana setiap
pedofi lia punya sejarah
dan kisah yang berbeza.”
dari melakukan kesilapan,”jelas beliau.
“Kes Nur Fitri ini kecoh kerana berjaya dibongkar namun,
sebenarnya ramai lagi individu yang melakukan perkara yang
sama atau lebih teruk lagi cuma tidak berjaya didedahkan. Saya
faham ramai ibu bapa di luar sana risau keselamatan anak-anak
masing-masing. Tetapi ibu bapa perlu sedar banyak lagi kes
lain yang perlu diambil perhatian dan kes Nur Fitri ini kecil
sahaja. Ramai yang tidak tahu, sumbang mahram berlaku
dalam keluarga dan banyak lagi kes lain terjadi. Dalam hidup
ini tidak ada yang sempurna dan Allah SWT maha mengasihani
serta berfi rman bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuk
orang yang insaf,” katanya.
SIAPA PEDOFILIA?
“Tidak mudah untuk mengenali seorang pedofi lia kerana setiap
pedofi lia punya sejarah dan kisah yang berbeza. Tidak mus-
tahil seorang pedofi l pernah mengalami sejarah hitam dalam
Dr Noor Aishah Rosli, Pensyarah Kanan Bahagian
Pendidikan Psikologi UM.
Psikosis 'hantui'
anak kecil
Anak-anak yang pernah mengalami tekanan sebelum kehilan-
gan ibu bapa atau penjaga mungkin akan berdepan masalah
psikologi dan tidak mustahil mengalami masalah kemurungan.
Pensyarah Kanan Bahagian Pendidikan Psikologi Univer-
siti Malaya (UM), Dr. Noor Aishah Rosli berkata, kemurungan
ada tahapnya yang tertentu dan apa yang membimbangkan
adalah keadaan anak yang tidak mampu mengawal kesedihan
lalu menyebabkan kemurungan yang mungkin membawa
kepada psikosis.
“Psikosis berlaku apabila individu yang berdepan masalah
mula mendengar ‘suara’ dan melihat sesuatu yang tidak
normal. Dalam otak manusia terdapat satu kimia, jika kimia ini
tidak seimbang ia akan menyebabkan individu berkecamuk.
Jika anak tersebut didapati mengalami kemurungan, segera
bawa kepada pakar psikologi,” katanya.
Jelas beliau, anak-anak yang kematian ibu atau bapa
ketika berusia dua atau tiga tahun masih tidak memahami