al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 19

OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus 19 p19 Bahaya minyak kitar semula PENYAKIT akibat gaya hidup merupakan satu ancaman kepada kesihatan manusia. Penyakit jantung merupakan antara penyumbang kadar kematian global. Ia disebabkan oleh gangguan jan- tung dan saluran darah. Ini termasuk penyakit jantung koronari (serangan jantung), penyakit serebrovaskular (stroke), tekanan darah tinggi (hipertensi), penyakit arteri perifer, penyakit jantung rematik, penyakit jantung kongenital dan kegagalan jantung. Selain daripada kurang aktif dan merokok, gaya pemakanan seperti pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan juga menjadi faktor penyebab NHAM platform kesedaran penyakit jantung kerosakan jantung. Jelas Dr Effa, penggunaan minyak kitar semula sangat bahaya untuk kesi- hatan tubuh kerana minyak yang telah digunakan mengandungi bahan kimia akibat tindak balas semasa penggunaan masakan sebelum itu. “Apabila minyak masak terdedah kepada tahap pemanasan yang tinggi, tindak balas kimia akan berlaku menye- babkan ia bahaya kepada kesihatan tubuh. Ia boleh menyebabkan arteri tersumbat lalu mengakibatkan serangan jantung." “Apa yang penting, ambillah minyak secara sederhana,” jelas Dr Effa. “Ujian ini bagi mengesan tekanan darah, paras gula, BMI dan lilitan pinggang. Ini kerana, kebanyakan pesakit serangan jantung tidak tahu bahawa mereka memiliki tekanan darah yang tinggi.” – Dr Eff arezan Abdul Rahman Malaysia catat bilangan pesakit jantung paling muda OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL M ENURUT rekod, selain menjadi negara paling ramai penghidap masalah obesiti, Malaysia juga menjadi negara paling banyak kematian akibat penyakit jantung dari tahun 2005 hingga 2017. Malah dari jumlah itu, Malaysia juga mencatatkan bilangan pesakit jantung paling muda iaitu 58 tahun berbanding Thailand, 63 tahun dan Singapura 68 tahun. Pakar Runding Kardiologi KPJ Damansara dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) Dr Eff arezan Abdul Rahman berkata, hal ini terjadi disebabkan oleh tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan budaya merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia. “Dalam masa yang sama, kita juga makan lebih banyak daripada yang sepatutnya dan terlalu kurang melakukan aktiviti yang membabitkan pegerakan. Itulah yang menjadi masalah terbesar sehingga membawa kepada angka dan statistik yang membimbangkan ini," jelasnya. Apabila minyak masak terdedah kepada tahap pemanasan yang tinggi, tindak balas kimia akan berlaku menyebabkan arteri tersumbat lalu mengakibatkan serangan jantung. Dr Eff arezan Abdul Rahman , Pakar Runding Kardiologi dan Ahli Persatuan NHAM. NHAM BOLEH MEMBANTU Sedar masalah jantung yang kian kronik di negara ini, NHAM yang merupakan badan bukan perundangan memutuskan untuk membantu mengurangkan bilangan penghidap dengan membawa perkara ini ke tahap yang lebih baik. “Untuk berbuat demikian, kami melantik tenaga kerja dalam usaha menggerakkan persatuan dengan menjalinkan hubungan yang rapat dengan kerajaan dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya penyakit jantung,” jelas Dr Eff a. Katanya, NHAM juga mempunyai kongres kebangsaan tahunan bagi mendidik doktor am mengenai perkembangan terkini dan kaedah merawat penyakit jantung. “Kami turut melancarkan rangkaian MySTEMI untuk kemudahan masyarakat. Ia merupakan satu set protokol yang perlu dilakukan oleh pesakit jantung ketika mengalami sakit dada iaitu dengan menghubungi ambulans dan sebagainya bagi Ambil minyak secara sederhana RAKYAT Malaysia cukup terkenal dengan pengaruh tular. Bukan hanya pada makanan tambahan dan makanan ringan, bahkan kepada pengambilan minyak harian juga menjadi ikutan. Ini termasuklah minyak kelapa dara, minyak zaitun dan sebagainya yang didakwa memiliki khasiat tertentu. Ramai yang mula keliru apabila terdapat golongan yang mengambil semua minyak untuk dijadikan sebagai rejim penjagaan kesihatan. Persoalannya, adakah minyak- minyak yang didakwa sihat untuk tubuh boleh diambil secara berlebihan? Menurut Dr Effa, kekeliruan ini terjadi sebabkan oleh agenda-agenda tertentu yang dibuat oleh kumpulan tertentu. “Bagi saya minyak tetap minyak dan ia perlu diambil secara sederhana bagi menjamin kesihatan tubuh. “Minyak sayuran adalah yang paling selamat digunakan berbanding memasak menggunakan lemak haiwan seperti minyak sapi," jelasnya. menyelamatkan nyawa." Dr Eff a juga turut menyarankan agar setiap rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan. “Ujian ini bagi mengesan tekanan darah, paras gula, BMI dan lilitan pinggang. Ini kerana, kebanyakan pesakit serangan jantung tidak tahu bahawa mereka memiliki tekanan darah yang tinggi." “Pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat. Ini kerana, ramai dalam kalangan perokok masih tidak menyedari bahawa serangan jantung juga boleh berlaku kepada mereka. Begitu juga bagi individu yang mengalami masalah darah tinggi di mana mereka tiada pengetahuan tentang penyakit darah tinggi serta ubat- ubatan yang diambil. " “Namun begitu, untuk menyampaikan segala maklumat ini kita memerlukan kumpulan sokongan yang ramai. Akan tetapi, bilangan doktor di Malaysia masih rendah. Itulah sebabnya kami ingin melibatkan golongan profesional dalam penjagaan kesihatan lain seperti farmasi untuk membantu menyebarkan maklumat yang betul kepada pesakit,” katanya. — al-Siha Plus Minyak kitar semula merbahaya kepada kesihatan.