al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 15

OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus p15 Pupuk kesedaran dari awal Kajian Morbiliti dan Kesihatan Kebangsaan 2011 mendapati Malaysia berada di tempat teratas populasi gemuk bagi golongan dewasa iaitu 44.2 peratus berbanding populasi negara-negara lain di Asia Tenggara dan pada tahun 2015, peratusan ini meningkat kepada 47.3 peratus OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL S EMENTARA itu, satu kajian di Asia pada tahun 2013 pula mencatatkan bahawa Malaysia adalah antara tiga negara teratas dengan peratusan tinggi (11.5 peratus) kanak-kanak yang gemuk (berumur antara enam bulan hingga 12 tahun). Peningkatan kes obesiti di kalangan kanak-kanak ini mendorong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menganjurkan Program Kesedaran dan Kajian Nutrisi di peringkat sekolah rendah. Menurut Penyelidik Unit Pemakanan, Dr Yap Sia Yen, program tersebut bukan sahaja bertujuan mengkaji tentang corak pemakanan kanak-kanak, malah menjadi serampang dua mata dan memberi kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya penyediaan makanan sihat dan seimbang kepada anak. TANGGUNGJAWAB IBU BAPA Jelas beliau, anak-anak tidak menjaga diet atau pemakanan seharian sendiri, sebaliknya hanya mengambil makanan yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, pihaknya menjemput ibu bapa untuk menyertai program ini dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. “Maklumat disampaikan melalui seminar di mana ibu bapa didedahkan dengan maklumat Empat buah buku yang menjelaskan tentang fakta dan maklumat penting mengenai minyak sawit. Ibu bersama anak-anak yang menyertai program anjuran MPOB. mengenai pola pemakanan seimbang dan cara yang betul dalam menjaga pemakanan kanak- kanak selain menggalakkan mereka mengikut kaedah ‘suku suku separuh’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya. “Seminar tersebut turut menekankan tentang kepentingan amalan minum air yang cukup, melakukan aktiviti fi zikal seperti senaman dan kelebihan minyak sawit." Program yang bermula pada tahun 2017 dan berakhir pada Jun 2019 ini berjaya Dr Yap Sia Yen. melibatkan lebih 20 buah sekolah kira-kira 50 kilometer dari MPOB seperti di Serdang, Kajang, Bangi, Cheras, Balakong dan juga Puchong. Walau bagaimanapun, jelas Dr Yap, pihaknya masih meneliti hasil dari program tersebut dan keputusan awal mendapati 20 peratus daripada kanak-kanak berada dalam golongan obes. Pada tahun 2016, MPOB pernah mengeluarkan komik ‘The Palm Comics’, bagi menyampaikan mesej dalam bentuk yang kreatif untuk mengetengahkan tentang fakta dan juga maklumat penting berbentuk visual mengenai minyak sawit. “Kebanyakan keputusan kajian akan dijelaskan dalam jurnal berbentuk saintifi k. Bagaimana pula dengan orang ramai yang lain yang tidak berada dalam industri ini. Sebab itulah kami mengeluarkan komik dengan harapan maklumat akan sampai kepada mereka." — al-Siha Plus al-Siha menemu bual tiga ibu yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang menggunakan minyak sawit sebagai minyak masak pilihan masing-masing. Nur Fadhilah Zainal, Kerani Komunikasi Nama anak: Nurul Aqilah Farisha Amiruddin “S AYA telah menggunakan minyak sawit sejak kecil dan tidak pernah menukar dengan minyak-minyak yang lain. Dalam masakan yang memerlukan penggunaan minyak seperti menggoreng, saya biasanya tidak masak menggunakan minyak yang banyak (deep fry). Hanya sedikit sahaja minyak yang digunakan supaya makanan tidak terlalu berminyak dan tinggi kalori." “Begitu juga dalam pemakanan anak-anak. Apa yang saya makan, itulah yang mereka nikmati. Saya tidak terlalu menggalakkan penggunaan minyak yang banyak. Cukup sekadar keperluan sahaja." Juliana Megat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Nama anak: Ilham Shah Khairul Nizam “R AMAI yang tidak tahu bahawa minyak sawit mengandungi banyak khasiat. Antaranya beta- karotin yang membantu memberikan tenaga. Ia amat bagus bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif. Ia juga sangat bermanfaat untuk regim penjagaan kulit sihat, rambut yang terurus dan sebagainya." “Walau bagaimanapun, saya tidak begitu obsesi menggunakannya dalam masakan. Saya hanya meng- gunakannya secara sederhana di dalam masakan. Kami hanya menggunakan lima liter minyak sahaja dalam tempoh dua bulan." Elizabeth Kannan “M inyak sawit akan menjadikan masakan saya lebih sedap. Apa yang saya tahu, khasiat minyak sawit lebih baik berbanding minyak-minyak lain. Namun begitu, saya tidak menggunakan minyak yang banyak di rumah kerana penggunaan berlebihan boleh memberi masalah." Bawani Ponnusamy, Eksekutif Akaun Nama anak: Madhushaa Kalithass “K ELUARGA saya merupakan keluarga yang aktif. Anak-anak saya terlibat dengan latihan karate setiap hari. Kehidupan yang aktif menjadikan saya amat sibuk perlu di mana sentiasa memasak untuk mereka di samping bekerja. Setiap hari saya akan bangun se awal jam lima pagi untuk menyediakan sarapan pagi yang sihat dari rumah sebelum menghantar mereka ke sekolah." “Sebelum ini saya menggunakan minyak masak selain minyak sawit dalam penyediaan makanan kerana tidak tahu tentang khasiat yang terkandung di dalam minyak sawit. Kini, setelah mengetahui tentangnya saya hanya menggunakan minyak sawit dalam masakan harian. Malah harganya juga sangat murah berbanding minyak lain." “Walaupun minyak sawit diketahui mempunyai banyak khasiat, namun saya tetap menggunakannya secara berpada-pada. Saya tidak sekali-kali menggunakan secara berulang kali kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Selain penjagaan makanan, saya juga amat menitik beratkan pengurangan pengambilan makanan lain seperti makanan manis serta makanan segera kepada anak-anak saya." — al-Siha Plus