al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 12

al-Siha Plus | OKTOBER, 2019 p12 Harus makan namun tidak berlebihan Pengambilan minyak kelapa sawit hendaklah berpada-pada agar tidak mudarat OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL H ukum menggunakan minyak sawit adalah harus dan mempunyai banyak kebaikan sebagaimana yang disebut oleh kebanyakan pakar. Menurut Pensyarah Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim, walaupun hukumnya harus, namun ia tidak bermakna apa sahaja makanan dan minuman yang dibenarkan dalam Islam boleh diambil secara berlebihan. Ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. “Secara dasarnya penggunaan minyak sawit dibenarkan dan digalakkan jika ia disahkan baik oleh saintis dan pakar-pakar perubatan. " “Hakikatnya, kita tidak boleh menyamakan minyak sawit dengan buah tamar kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza." “Pertama, minyak sawit tidak disebut di Prof Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim, Pensyarah Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa UKM. "Secara dasarnya penggunaan minyak sawit dibenarkan dan digalakkan jika ia disahkan baik oleh saintis dan pakar-pakar perubatan." – Dr Izhar Ariff Mohd Kashim dalam al-Quran. Manakala, buah tamar pula disebut secara berulang kali di dalam al-Quran dan hadis. Kedua, buah tamar merupakan Sunnah Baginda dalam pemakanan. Minyak sawit pula tiada pada zaman Baginda dan Baginda tak menggunakan minyak sawit. Walau bagaimanapun, hukumnya adalah harus kerana ia bersifat tumbuh-tumbuhan." “Jika dilihat kepada buah tamar, memang tidak dinafi kan terdapat banyak kajian yang dilakukan termasuk kajian yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Rozimah daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). " “Berdasarkan kajian tersebut mendapati pengambilan buah kurma perlu mengikut dos yang sesuai. Contohnya, saiz buah kurma, peringkat umur, penyakit yang ada dan sebagainya. Ia bertujuan agar si pemakan mendapat kebaikan dan manfaat daripada buah tersebut." “Makan buah kurma juga digalakkan oleh Allah SWT kepada Siti Maryam. Ketika Siti Maryam ingin melahirkan Nabi Isa AS, tenaganya habis. Maka Allah SWT meminta Siti Maryam menepuk pohon kurma. Maka jatuhlah buah berkenaan lalu dimakannya untuk mendatangkan tenaga. " “Ini membuktikan bahawa buah kurma mampu mendatangkan tenaga kepada si pemakan bahkan kebaikan lain kepada umat manusia. Walaubagaimanapun, pengambilan buah kurma mestilah tidak berlebih-lebihan dan perlu diambil secara berhemah dan bijaksana. " “Jika perlu, rujuk kepada pakar-pakar perubatan agar kita tidak mengambilnya secara jahil hingga mendatangkan kemudaratan yang lebih besar ataupun menyebabkan penyakit diabetes yang sedia ada bertambah buruk,” jelasnya. — al-Siha Plus Persamaan kelapa sawit dan kurma Pokok sawit dan kurma merupakan tumbuhan dari keluarga yang sama iaitu Palem- paleman atau Palmae. Meskipun ia dari keluarga yang sama, namun kedua-dua tumbuhan ini membekalkan manfaat yang berbeza OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL Don Daniyal Don Biyajid, Pengurus Besar KUISCELL Sdn Bhd. K URMA mendapat permintaan tinggi setiap kali tiba bulan Ramadan. Kandungan gula yang tinggi membantu umat Islam yang berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Begitu juga apabila tiba musim haji, kurma antara ole-ole yang dicari selain air zam-zam. Manakala, buah sawit pula mendapat permintaan sepanjang tahun sebagai bahan untuk memproses makanan. Selain itu, ketahanan pokok kurma juga amat dikagumi kerana ia mampu hidup di kawasan kering sehingga 60 tahun menyebabkan ia boleh hidup subur di Tanah Arab. Namun pokok kelapa sawit pula memerlukan air untuk hidup dan membesar dan hanya mampu bertahan hidup selama 25 tahun sahaja. Selain pokok sawit dan kurma terdapat berapa spesies lain yang juga dari keluarga yang sama iaitu pokok salak, sagu, pinang, kelapa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buah kurma merupakan buah yang diberkati dan ia telah diceritakan oleh Allah s.w.t secara jelas didalam al-Quran. Menurut Pengurus Besar KUISCELL Sdn Bhd, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata, Buah kurma buah yang diberkati. Buah sawit memerlukan sumber air yang cukup untuk hidup subur. buah kurma ialah buah yang dikurniakan oleh Allah kepada Tanah Arab. Berdasarkan sirah Nabawiyah, pokok kurma hidup subur di sepanjang Semenanjung Tanah Arab. Manakala tumbuhan dari spesies yang sama seperti kelapa sawit, pokok kelapa, pokok pinang dan sebagainya pula hidup subur di negara kita. “Buah kurma merupakan salah satu makanan yang dimakan oleh Rasulullah SAW. Pokok kurma merupakan tumbuhan yang hidup subur di Madinah kerana pohon itu juga turut ditanam oleh Nabi Muhammad SAW dan terdapat lebih daripada 1000 spesies kurma di dunia. Walau bagaimanapun terdapat sejenis kurma yang disukai Nabi, ditanam dan disebut didalam hadis iaitu kurma ajwa." Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari) Jelas Ustaz Don, kurma mampu hidup subur di Madinah kerana di negara itu terdapat tiga buah lembah yang mengairi tanaman kurma dan salah satu lembah yang disebut oleh Nabi ialah Wadi Muthan. Inilah yang menyuburkan tanaman berkenaan. “Selain daripada lembah yang menyuburkan tanaman itu, keberkatan doa Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim juga memainkan peranan. Ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 126. Manakala, buah kurma juga turut dilakarkan di dalam Surah Maryam ayat ke-25." — al-Siha Plus