al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 7

OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus p07 "Minyak sawit mengandungi pro vitamin A (karotin), vitamin E dan asid lemak yang stabil pada suhu tinggi. Maka, minyak sawit sesuai digunakan untuk menggoreng." – L Mageswary Lapchmanan Minyak sawit memiliki tiga komponen utama asid lemak yang diperlukan badan. Kerajaan sokong kempen pemakanan sihat Kerajaan komited jalankan kempen kesedaran pemakanan sihat yang dilangsungkan pada bulan Mac setiap tahun OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL M ENURUT Timbalan Pengarah, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), L Mageswary Lapchmanan, setiap tahun kerajaan menjalankan pelbagai kempen kesedaran kesihatan. Ia bukan sahaja tentang minyak sebaliknya gula, garam dan apa sahaja melibatkan makanan yang sering disalah faham masyarakat hingga tercetusnya masalah kesihatan. “Walau bagaimanapun, kami tidak menfokuskan kepada satu-satu jenis makanan sahaja seperti minyak. Ini kerana gula, garam dan sebagainya juga merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan. Oleh itu, kami rangkumkan ia dalam bentuk tema tertentu seperti tema kanak-kanak, warga emas dan sebagainya dengan konsep pemakanan sihat." “Sekarang juga banyak inisiatif di mana sekolah-sekolah mula mewujudkan kempen kantin sihat di mana pengusaha kantin hanya dibenarkan menjual hidangan dan menu yang berkhasiat kepada murid. Ini merupakan satu langkah yang boleh dipuji sebagai satu cara mendidik kanak-kanak memilih makanan sihat." “Meskipun pelbagai usaha dijalankan, namun masyarakat kita masih berada di takuk yang sama. Ini kerana, kebanyakan mereka lebih gemar mendengar nasihat namun enggan mengikutinya sehinggalah diserang dengan pelbagai penyakit." Minyak sawit minyak sihat Minyak sawit telah terbukti memiliki banyak manfaat. Namun akibat salah faham terbabit, minyak sawit digunakan secara tidak betul. “Apabila bercakap tentang pemakanan sihat ia perlu mengandungi vitamin, karbohidrat, protin, lemak, mineral dan air. Di antara komponen-komponen itu, lemak termasuk dalam pemakanan sihat. Oleh itu, L. Mageswary Lapchmanan, Timbalan Pengarah, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). kita tidak boleh katakan bahawa lemak tidak baik." “Jika dilihat dari pengambilan kalori sehari, 30 peratus daripada jumlah kalori adalah dari lemak. Ini kerana ia merupakan sumber asid lemak perlu yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan kulit, pembinaan otot dan sebagainya." “Akan tetapi ia menjadi mudarat atau membawa kepada penyakit apabila ia ambil secara berlebihan atau mengambil minyak yang tidak sesuai untuk kesihatan. Dalam minyak sawit terdapat tiga jenis asid lemak iaitu poli tak tepu, mono tak tepu dan tepu." “Ada yang menggangap bahawa minyak sawit mengandungi asid lemak tepu dan tidak baik untuk kesihatan. Sedangkan dalam minyak sawit terdapat ketiga-tiga komponen berkenaan dalam kadar seimbang di mana tidak terdapat dalam minyak-minyak yang lain. Hakikatnya, jika diambil di dalam kadar yang betul ia tidak menjadi masalah." “Minyak sawit mengandungi pro vitamin A (karotin), vitamin E dan asid lemak yang stabil pada suhu tinggi. Maka, minyak sawit sesuai digunakan untuk menggoreng." Takut kolestrol “Kita dimomokkan dengan pelbagai gambaran buruk tentang minyak kerana kolesterol. Sebenarnya, tubuh kita sendiri secara semulajadi menghasilkan kolesterol sendiri." “Badan juga akan menggunakan minyak yang dimakan untuk membuat kolesterol. Sebagai contoh, dari kulit ayam, lemak-lemak haiwan dan sebagainya. Oleh sebab itu, ia tidak boleh diambil secara berlebihan." “Kolesterol memang diperlukan badan tetapi jangan berlebihan. Jika tidak, ia akan masuk ke saluran darah seterusnya berlaku salur darah tersumbat dan serangan jantung,” jelasnya. Minyak sawit tidak mengandungi kolesterol seperti minyak sayuran yang lain. Minyak sawit juga telah dibuktikan tidak meningkatkan kolesterol dalam darah. — al-Siha Plus