al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 10

al-Siha Plus | OKTOBER, 2019 p10 Malaysia pencetus tokotrienol Minyak sawit negara, kaya dengan potensi kesihatan T OKOTRIENOL adalah sebahagian dari keluarga vitamin E. Keluarga vitamin E terdiri daripada empat isomer tokoferol dan empat isomer tokotrienol, iaitu alfa, beta, gamma dan delta. Disebabkan kandungan tokotrienol yang tinggi, vitamin E minyak sawit dinamakan tocotienol-rich fraction (TRF). Menurut Prof Yuen Kah Hay, dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, tidak banyak kajian vitamin E tertumpu kepada tokotrienol sebelum ini, namun baru-baru ini satu perkembangan positif berlaku apabila penyelidikan ke atas tokotrienol mula mendapat perhatian selepas menunjukkan potensi dari segi kesihatan. “Penyelidik di Malaysia menemui banyak tokotrienol dalam minyak sawit, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang mengekstrak TRF dari minyak sawit dan kini dijual di seluruh negara,”jelas Prof Yuen yang berpengalaman dalam mengkaji tokotrienol sekurang-kurangnya 15 tahun." Tambah beliau, minyak sawit di negara ini turut dieksport ke beberapa buah negara lain termasuk Amerika Syarikat dalam bentuk mentah untuk memenuhi keperluan masyarakat. Malah kebanyakkan negara mengekstrak TRF dalam bentuk yang pekat diformulasikan menjadi kapsul gelatin lembut dan dijadikan sebagai suplemen mengikut sukatan dos tertentu dan dibenarkan. Prof Yuen Kah Hay dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia. “Penemuan terbaharu membuktikan potensi tokotrienol sebagai anti-kanser, rawatan untuk penyakit hati, perlindungan saraf dan juga radiasi." Tokotrienol, keluarga vitamin E yang penting untuk sistem saraf dan kesihatan lain. PELINDUNG SARAF SEMULA JADI "Penyelidik di Malaysia menemui banyak tokotrienol dalam minyak sawit, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang mengekstrak tokotrienol dari minyak sawit dan kini dijual di seluruh negara." – Prof Yuen Kah Hay Jelas beliau, tokotrienol juga adalah pelindung saraf yang kuat dan dapat melindungi kematian sel saraf. “Tokotrienol dapat menjaga kesihatan otak daripada rosak sepenuhnya atau meninggal dunia ketika individu diserang strok,” katanya. Kelebihan tokotrienol dapat dilihat dalam kajian yang dilakukan ke atas white matter lesion. Kajian terkini menunjukkan white matter lesion ini mempunyai kaitan dengan kemerosotan kognitif dan dimensial. Oleh itu, tokotrienol mempunyai potensi untuk digunakan dalam rawatan pencegahan gangguan neuro degeneratif. — al-Siha Plus Serangan jantung tak kenal usia Kes serangan jantung meningkat dalam kalangan golongan muda K EBANYAKAN pesakit yang mengalami serangan jantung disebabkan oleh faktor genetik. Menurut Pakar Perunding Kardiologi PPUKM, Dr Hamat Hamdi Che Hassan, penyakit jantung atau kardiovascular (CVD) ini turut menyerang manusia pada usia yang lebih muda. “Banyak kes serangan jantung dialami oleh golongan muda, dan situasi ini amat membimbangkan. Selain faktor genetik, sebenarnya terdapat beberapa faktor lain lagi yang menyumbang kepada serangan jantung,” katanya. “Selain terdedah tekanan darah tinggi, kebanyakan penduduk mengalami masalah kolesterol yang tinggi yang membawa kepada obesiti,”jelas Dr. Hamat. Serangan jantung berlaku apabila salur darah mengeras dan sempit disebabkan plak kolesterol. Jika keadaan ini berlanjutan, pengaliran darah ke otot jantung akan "Banyak kes serangan jantung dialami oleh golongan muda, dan situasi ini amat membim- bangkan." – Dr Hamat Hamdi Che Hassan berkurangan dan mengakibatkan penyakit arteri koronari atau serangan jantung. “Ada sesetengah kes serangan jantung yang melibatkan individu yang tidak obesiti tetapi penyakit diperoleh dari faktor genetik dan berkemungkinan mempunyai kandungan kolesterol tinggi dalam darah. Sesetengah individu mungkin tidak sedar kerana simptom penyakit ini sukar dikenalpasti,” katanya. Tambah beliau, golongan muda juga perlu mendapatkan pemeriksaan bagi mengetahui kandungan kolesterol masing-masing. “Terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah ini, pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,”jelasnya. — al-Siha Plus