Xtra18
al-Siha | OKTOBER, 2019
HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2019
Penyakit
mata tidak
kenal usia
Pemeriksaan
mata mampu
cegah kebutaan.
Bayi pramatang juga berisiko mengalami
kebutaan seperti dialami warga emas
H
ARI Penglihatan Sedunia, World Sight Day dis-
ambut pada hari Khamis minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun bertujuan meningkatkan
kesedaran masyarakat bahawa kebutaan adalah
isu kesihatan yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian
Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah berkata, sambutan Hari
Penglihatan Sedunia ini merupakan inisiatif Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) dan International Agency for the
Prevention of Blindness (IAPB).
“Hari Penglihatan Sedunia tahun 2019 disambut pada
10 Oktober, dan WHO telah menetapkan tema vision fi rst
mengingatkan semua pengamal penjagaan kesihatan mata
agar fokus kepada visi yang ingin dicapai dan memberi
keutamaan,”katanya.
Mengulas tentang penjagaan kesihatan mata, Dr Nor
Fariza memberitahu bahawa pemerhatian perlu diberikan
seawal peringkat bayi yang baharu di lahirkan sehingga
ke peringkat golongan warga emas.
“Penyakit mata tidak mengenal usia, malah bayi yang
dilahirkan tidak cukup bulan (premature babies) juga
tidak terkecuali dan kadar kebutaan bagi bayi seumpama
ini amat tinggi dan pihak kami akan memberi penekanan
sewajarnya.
KESEDARAN DAN PENINGKATAN USIA
Dr Nor Fariza.
Kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif juga
berisiko tinggi untuk terlibat dengan insiden yang tidak
dijangka dan tidak mustahil sekiranya mengalami keced-
eraan mata yang mengakibatkan kebutaan.
“Banyak kes-kes yang diterima melibatkan keced-
eraan mata pada murid sekolah rendah khususnya,
dimana sebilangan mereka cedera parah ditusuk
pensel oleh rakan sebaya dan ada juga kecederaan
yang dilaporkan berlaku ketika sambutan perayaan
tertentu.
Jelas Dr Nor Fariza Ngah, ada sesetengah penyakit
mata menyerang mereka
yang lebih berusia terutama
golongan berusia dan tidak
mengamalkan gaya hidup
yang sihat.
“Katarak merupakan
masalah mata yang begitu
sinonim dengan warga
emas, meskipun boleh
dirawat dengan pembe-
dahan tetapi sepatutnya
ia boleh dicegah sebelum
keadaan bertambah teruk.
al-Siha
Penyakit mata tidak
mengenal usia, malah
bayi yang dilahirkan
tidak cukup bulan
(premature babies)
juga tidak terkecuali,
dan kadar kebutaan
bagi bayi seumpama ini
amat tinggi dan pihak
kami akan memberi
penekanan sewajarnya.”
- Dr Nor Fariza