oktober, 2019 | al-Siha
Diari lelaki
15
Bahaya hipertensi pulmonari
HP atau penyakit tekanan darah tinggi dalam salur darah paru-paru ini masih belum ada penawar
D
ianggarkan 320 hingga 1,500 pesakit meng-
hidap Hipertensi Pulmonari (PH) di Malaysia.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi Paedi-
atrik Institut Jantung Negara (IJN), Dr Leong
Ming Chern, penyakit ini jarang diperkatakan namun perlu
diberi perhatian kerana boleh meragut nyawa.
“Masih ramai yang tidak sedar kewujudan penyakit ini,
walhal penyakit ini tidak kurang bahayanya sebagaimana
penyakit kanser, penyakit jantung dan pesakit yang
mengalami simptom perlu mendapatkan pengesanan
diperingkat awal,”katanya.
“Terdapat lima jenis masalah PH, dimana sesetengah
individu mungkin mewarisi atau dilahirkan dalam keadaan
tersebut dan tidak mustahil berpunca daripada penyakit
lain seperti penyakit jantung atau paru-paru,”katanya.
Gambar menunjukkan perbezaan jantung individu
sihat dan pesakit HP.
“Penghidap PH ini kebanyakannya tidak berdaya untuk
melakukan tugasan tertentu seperti tidak boleh ke sekolah,
tidak mampu menaiki anak tangga dan perubahan semakin
negatif dapat dirasai dari semasa ke semasa, malah pesakit
juga boleh pengsan pada bila-bila masa sahaja meskipun
sedang mengayuh basikal.
Jelas beliau, selain kegagalan jantung, PH juga boleh
membawa komplikasi lain seperti berlaku pembekuan
darah dalam paru-paru, hemoptisis atau batuk berda-
rah,” katanya pada sesi perkongsian Living Beyond
Pulmonary Hypertension di IJN, baru-baru ini.
P enghidap PH ini
kebanyakannya tidak
berdaya untuk melakukan
tugasan tertentu seperti
tidak boleh ke sekolah,
tidak mampu menaiki anak
tangga dan perubahan
semakin negatif
dapat dirasai
dari semasa ke
semasa, malah
pesakit juga
boleh pengsan
pada bila-bila
masa sahaja
meskipun
sedang
mengayuh
basikal.”
– Dr Leong
Ming Chem
Sementara itu, Perunding Kardiologi IJN, Dr Teoh Chee
Kiang berkata, PH merupakan penyakit jarang jumpa (rare
disease) dan diistilah sebagai penyakit yang dihidapi oleh
sebilangan kecil daripada populasi, hanya 10 hingga 50
pesakit PH ditemui dalam sejuta populasi di Malaysia.
“Sehingga kini masih belum ada penawar, cuma pesakit
akan dibekalkan dengan ubat-ubat tertentu yang akan
membantu mereka untuk menjalani kehidupan seharian
dan kos perbelanjaan perubatan yang terpaksa ditanggung
pesakit pula mencecah sehingga RM13,000 sebulan,”
katanya. — al-Siha
Menurut Dr Teoh
Chee Kiang, pesakit
HP terpaksa
menanggung kos
perubatan mencecah
RM13,000 sebulan.