12
al-Siha | OKTOBER, 2019
HALAL
Pengguna
atau pesakit akan
membuat penilaian
tentang produk yang
ada dan ditawarkan di
pasaran sama ada ia
sesuai dengan tuntutan
agama dan kesihatan.”
– Prof Dr Zhari
Cabaran
global industri
farmaseutikal halal
Malaysia negara pertama tetapkan keperluan standard
farmaseutikal, kosmetik dengan pensijilan halal
K
EMENTERIAN dan industri sentiasa men-
galu-alukan perkembangan terkini industri
farmaseutikal terutamanya dari segi pemban-
gunan dan permintaan standard halal.
Menurut Prof Dr Zhari Ismail dari Pusat Pengajian
Sains Farmasi USM, garis Panduan Farmasi Halal Malaysia
MS2424: 2012 merupakan piawaian farmaseutikal halal
pertama dunia yang telah dilancarkan pada tahun 2012
dan mendapat sambutan baik.
“Pengguna atau pesakit akan membuat penilaian ten-
tang produk yang ada dan ditawarkan di pasaran sama ada
ia sesuai dengan tuntutan agama dan kesihatan. Semakin
diberikan pendedahan tentang maklumat ubat-ubatan
halal, mereka akan lebih yakin untuk membuat keputusan
masing-masing.
“Perkembangan sosial media dan internet telah men-
imbulkan pelbagai persepsi terhadap produk yang ada.
Prof Dr Zhari turut menceritakan penglibatan beliau
dalam pembangunan farmaseutikal halal jelasnya sebagai
pengerusi, sekurang-kurangnya jawatankuasa mengambil
masa selama dua tahun untuk memformulasikan semula
dokumen, memasukkan input penting dari badan pen-
gawal seliaan Malaysia dengan format
Pharmaceutical Inspection Cooperative
KKM ada garis panduan dalam
pengambilan ubat-ubatan yang
mengandungi bahan yang tidak halal.
Scheme (PICS) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Unsur-unsur halal telah diketengahkan dalam doku-
men dan semakan yang teliti telah dilakukan dan kini
dikenali sdengan nama baharu iaitu Halal Pharmaceutical
Requirements MS2424: 2019 menampilkan pelbagai penam-
bahbaikan selain turut memperbaiki standard vaksin halal.
Malaysia merupakan negara pertama yang menetapkan
keperluan standard farmaseutikal dan kosmetik dengan
pensijilan halal dan ini pandangan beliau tentang industri
farmaseutikal halal setakat ini.
“Baru-baru ini kami telah ditugaskan
untuk menubuhkan dan mengetuai
Technical Committee (TC), Halal
Pharmaceutical di Istanbul,
Turki. Jawatankuasa ini berada di
bawah Standards and Metrology
Institute of Islamic Countries,
Organisation of Islamic Coun-
tries (SMIIC / OIC).
“Secara tidak langsung ini
merupakan satu penghormatan
dan pengiktirafan kepada Malaysia, sekaligus membuka
jalan untuk terus menerajui industri farmaseutikal halal di
peringkat global.
Ditanya tentang sama ada pensijilan halal punca orang
Islam lebih berhati-hati dalam memilih produk, jelasnya
setiap peneraju tidak boleh meremehkan apa sahaja hal yang
berkaitan dengan kesihatan dan juga k eperluan pengguna.
“Sikap positif perlu diterapkan dan pengetahuan
tentang pengambilan ubat-ubatan perlu diberi
penekanan,”jelasnya.
“Bagi penggunaan ubat-ubatan dari bahan yang tidak
halal pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mempunyai garis panduan khusus mengenai pengambilan
ubat-ubatan berkenaan,” jelasnya
KKM mempunyai panduan yang telah ditetapkan dalam
pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan yang
tidak halal.
Sementara itu, Prof Dr. Zhari Ismail turut menjelaskan
bahawa usaha Malaysia telah diketahui umum dan diberi
kepercayaan untuk mempengerusikan TC melibatkan isu
farmaseutikal halal SMIIC/OIC. MS2424: 2019 ini perlu
disokong oleh dokumen yang menjadi rujukan seperti
pharmacopoeia dan formula-formula yang patuh syariah.
“Agenda itu merupakan usaha berterusan dan harus
dilaksanakan terutama setelah melibatkan pemain multi-
nasional untuk memfasilitasi dan menunjukkan peranan
mereka terhadap keperluan Ummah.– al-Siha