al-Siha : November 2018 | Page 8

08 al-Siha | NOVEMBER, 2018 NIAGA Rangkaian produk Hiruscar. Hiruscar perkenal produk baharu H Pengurus Unit Perniagaan, dan Pengurus Besar Eurodrug Laboratories (M) Sdn Bhd, Kelvin Tong. IRUSCAR, jenama penjagaan kulit diyakini ramai memperkenalkan produk tambahan baharu kepada rangkaian Hiruscar Anti-Acne iaitu Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid. Selain daripada Spot Cover Fluid, rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne turut merangkumi Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel. Produk Spot Cover Fluid bertindak menutupi dan merawat kulit yang berjerawat dengan bahan-bahan rawatan semulajadi. Formulanya yang unik mengandungi kombinasi bahan- bahan utama yang mampu merawat masalah jerawat. Selain itu, Spot Cover Fluid turut membantu menangani masalah jerawat di muka, kesan merah di kawasan jerawat dan juga mengurang- kan masalah jerawat daripada terus berulang. Produk ini boleh didapati dalam tona warna kulit semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit warga Asia. Rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti- Acne juga telah diuji dan disahkan sebagai produk yang sesuai untuk digunakan terhadap kulit sensitif yang mengalami masalah jerawat dimana komposisinya terdiri daripada bahan bukan komedogenik, bukan acnegenik dan hipoalergenik. Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM27.30. Layari www. hiruscar.com.my untuk maklumat lanjut. . Diapo-Care, krim cegah ruam lampin • Krim pelindung pertama dengan perencat enzim protease E URODRUG Laboratories (M) Sdn Bhd melancarkan Diapo-Care, produk baharu untuk pencegahan ruam lampin. Pe ng u r u s B e s a r E u r o d r u g Laboratories (M) Sdn Bhd, Kelvin Tong berkata, Diapo-Care merupakan produk penjagaan lampin yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mengand- ungi PEi untuk merawat ruam lampin secara berkesan. “Diapo-Care dirumus dengan dua bahan aktif, iaitu Perencat Enzim Protease (Protease Enzyme Inhibitors; PEi) dan Dexpanthenol yang berkesan merawat dan mencegah punca ruam lampin,” katanya. PEi semula jadi yang terdapat dalam Diapo-Care menyekat aktiviti enzim protease dalam najis yang merosakkan lapisan perlindungan sel kulit yang diperkaya dengan protein. Pada masa yang sama, Dexpanthenol membentuk pelindung yang membantu pertum- buhan semula kulit di bahagian yang terjejas. Kombinasi kedua-dua bahan ini menjadikan Diapo-Care peny- elesaian yang ideal untuk penjagaan r uam lampin mener usi mod dwitindakannya. Digabungkan dengan Dexpanthe- nol, formula inovatif ini memberikan rintangan perlindungan yang tahan lama di samping mengekalkan tahap Situasi di kedai makan. Ali: You semalam pi mana? I waiting for you so long men! I think you tak bestlah sebab tak tunggu aku! Abu: Lebih baik makan rojak daripada guna bahasa rojak. kelembapan yang optimum, membo- lehkan kulit pulih, dan mencegah ruam lampin dari berul ang. Diapo-Care, krim telah dibuktikan selamat oleh U.K. Research Institute, dan juga terbukti secara klinikal berke- san untuk digunakan dalam kes ruam lampin teruk dan melelas. Diapo-Care® kini boleh didapati di kilink-klinik dan kedai farmasi di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.diapo-care.com. Nutri Boost ™ minuman baharu dari Coca-Cola COCA-COLA melancarkan Nutri Boost™, minuman inovatif baharu yang meng- gabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buah-buahan sebenar dalam satu “minuman susu + jus”. Pengurus Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia berkata, kami akan sentiasa menyediakan minuman dan memberikan pengguna pengalaman dan keseronokkan yang diinginkan. “Kami percaya Nutri Boost™ menarik, lazat, menyegarkan dan mampu mem- bekalkan tenaga. Tambah beliau, Nutri Boost™ boleh didapati dalam perisa oren dan strawberi malah telah disahkan halal serta diperkaya dengan Vitamin A, B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti Zink dan Kalsium. Nutri Boost™ boleh didapati di seluruh negara dan dijual dalam botol bersaiz 250 ml pada harga RM2.50. Bersempena dengan pelancaran ini, Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan aplikasi pengecaman muzik, Shazam, bagi membolehkan pengguna menebus botol percuma Nutri Boost™ dengan mudah melalui setiap imbasan isyarat audio atau visual dari komunikasi jenama tersebut. Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu, Lim Kean Yew berkata kempen Shazam lazimnya digunakan untuk men- dorong penglibatan atau kesedaran jenama. “Ini merupakan kempen pertama dengan Shazam di rantau ASEAN yang mendorong penebusan produk dengan menggalakkan lawatan ke kedai. Apa yang kita dapat lihat di sini juga merupakan titik sentuhan dan penyepaduan paling besar dengan platform Shazam di pasaran ASEAN bagi memaksimumkan penutupan kitaran pembelian kami,” katanya. Pengguna hanya perlu mengimbas mana-mana iklan yang mengandungi isyarat Shazam dari Nutri Boost™, dan kemudian memasukkan nama dan nombor telefon bimbit untuk mendapat kod unik mereka. Ini boleh ditukar dengan mudah di kedai MyNews.com yang terdekat. Sementara itu, Pengarah Urusan, Shazam, Steve Sos berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Coca-Cola dan Mediacom dalam kempen penebusan pertama di pasaran Malaysia. “Kami juga teruja dapat menjalankan kempen yang membolehkan pengguna mengakses Nutri Boost™ secara percuma dengan menggunakan Shazam di mana- mana titik sentuhan pengguna yang berkaitan dengan kempen ini. Nutri Boost™ akan dihasilkan di kilang pembuatan Coca-Cola di Enstek Halal Park. Nutri Boost™ boleh didapati dalam perisa oren dan strawberi, diperkaya dengan Vitamin A, B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti zink dan kalsium.