al-Siha : May 2019 - Page 5

Mei, 2019 | al-Siha BULETIN 05 Pusat jagaan kanak- kanak berkonsep hijau pertama negara Membantu pemulihan kanak-kanak daripada trauma Prinsip reka bentuk berkonsep hijau mampu mewujudkan suasana pusat jagaan yang kondusif bagi membantu memulihkan kanak-kanak daripada trauma. Penasihat Persatuan Pemaju Hartanah dan Peruma- han Malaysia Belia (REHDA Youth) yang juga Pengarah GreenRE, Teo Chui Ping berkata pihaknya menyasarkan untuk mencipta kediaman dengan suasana yang memu- puk rasa kasih sayang dan selamat bagi kanak-kanak. “Kami terapkan prinsip reka bentuk hijau agar dapat menikmati pencahayaan dan pengudaraan semulajadi,” katanya. “Oleh sebab WAO bergantung pada sumbangan dana untuk menguruskan pusat ini, kami menerap- kan ciri-ciri hijau dalam reka bentuk pusat jagaan ini untuk mengurangkan kos bayaran bil utiliti sehingga mencecah penjimatan tenaga sebanyak 15 hingga 20 peratus. Sementara itu, Presiden syarikat VERITAS Design Group, David M. Hashim, yang menyediakan khidmat professional mereka secara percuma dalam projek tersebut berkata setiap kanak-kanak atau individu yang mengalami pengabaian atau trauma memerlukan suatu persekitaran yang selamat dan menguatkan jati diri mereka agar mereka berupaya pulih. Presiden WAO, Carol Chin berkata, sebuah perseki- taran dan kediaman yang memupuk kasih sayang dapat memberikan kestabilan kepada kanak-kanak, sekali gus menyokong pemulihan dan perkembangan mereka, menurut Carol Chin, Presiden WAO. “Dalam situasi keganasan rumah tangga, dunia kanak-kanak akan hancur dan berkecamuk. Kanak- kanak tersebut akan hilang rasa tenteram dan rasa kehidupan yang teratur, sedangkan ini faktor penting bagi perkembangan psikososial mereka,” jelas Chin. Pembinaan semula pusat jagaan kanak-kanak WAO rentetan kebakaran pada 2016 yang memusnahkan pusat jagaan kanak-kanak sebelumnya merupakan projek tanggungjawab sosial korporat oleh REHDA Youth, dengan usahasama rakan-rakan kongsi yang lain. Pusat tersebut bakal menempatkan lebih 20 kanak- kanak, kebanyakan mereka pernah menyaksikan atau mengalami sendiri keganasan rumah tangga. Pembinaan pusat jagaan kanak-kanak WAO dijangka siap dalam masa setahun. Layari wao.org.my untuk maklumat lanjut. — al-Siha Ilustrasi pusat penjagaan kanak-kanak berkonsep hijau. Jordan Asia Pacific lancar Kempen Green Clean Jordan Asia Pacific Sdn. Bhd. melancarkan kempen Green clean dalam usaha mereka untuk meningkat- kan pengetahuan awam tentang istilah 3R, ‘Reduce’, ‘Reuse’ dan ‘Recycle’ (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula). Pengurus Negara Jordan Asia Pacific, Eric Yong berkata, untuk meningkatkan pengetahuan awam tentang 3R di Malaysia, pihaknya cuba menyebarkan sebanyak mungkin maklumat kepada orang awam. “Kami akan mengadakan inisiatif pengutipan berus gigi lama dan apabila insiatif ini bermula, kami mengharapkan sokongan kuat daripada masyarakat Malaysia.” Menurut Profesor Universiti Malaya, Profesor Dr. P. Agamuthu, Malaysia menjana kira-kira 14 juta tan sisa perbandaran pepejal pada tahun 2019, atau 40,000 tan sehari, dan kadar kitar semula pada tahun tersebut adalah 17.5 peratus. Tambah beliau, plastik juga merupakan sisa perumahan yang kedua tertinggi pada tahap 13.2 peratus, diikuti sisa makanan di tahap 44.5 peratus berbanding sisa perumahan pada tahun 2017. “3R penting untuk mengelakkan perlombongan sumber baru, mengurangkan permintaan sumber semulajadi, mengurangkan pengeluaran karbon, mengurangkan pembaziran, dan mengurangkan penggunaan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Untuk melancarkan 3R dengan cemerlang di Malaysia, semua pihak harus bertanggungjawab.” Dalam majlis sama, Jordan turut memperkenalkan Berus Gigi Green Clean, berus gigi mesra alam sekitar yang direka oleh pereka dalaman terkenal, Andreas Engescik, produk ini bukan sahaja mementingkan Kempen dirasmikan dengan upacara simbolik peletakan berus gigi yang telah digunakan kedalam tong sampah oleh Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim. alam sekitar, malah diperbuat dari 100 peratus prihatin alam sekitar, berus gigi Green Clean memberi kehidupan baru kepada bahan-bahan dan membolehkan penguran- gan penggunaan sumber, yang berpatutan dengan falsafah 3R kami.” Kempen Green Clean dijangka akan berlangsung dari April hingga Disember dalam fasa-fasa berlainan, yang akan diumumkan pada masa akan datang. — al-Siha