al-Siha : May 2019 - Page 4

04 al-Siha | Mei, 2019 BULETIN Ringkasan Pelancaran panduan amalan klinikal pesakit kencing manis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) melaporkan prevalen penyakit kencing manis (diabetes mellitus) di dunia dalam kalangan orang dewasa berumur lebih 18 tahun telah meningkat dari 4.7 peratus pada tahun 1980 ke 8.5 peratus pada tahun 2014. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysian National Health and Morbidity Surveys pula menunjukkan peningkatan prevalen diabetes dari 11.6 peratus pada tahun 2006 ke 17.5 peratus pada tahun 2015. “Prevalen diabetes yang tinggi di kalangan orang dewasa meningkatkan risiko masalah kaki, terutamanya disebabkan masalah saraf (neuropathy) dan peripheral arterial disease,”katanya. Sebanyak 50 peratus dari mereka tiada gejala diabetic peripheral neuropathy dan lebih kurang 80 peratus amputasi kaki yang bukan disebabkan oleh trauma (non-traumatic) bermula dari ulser kaki (foot ulcer). “Pada tahun 2011, perbelanjaan keseluruhan pengurusan diabetes mellitus type 2 ialah RM1.40 bilion iaitu bersamaan 9.21% daripada jumlah peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia,” jelas beliau. Perbelanjaan rawatan akan menjadi lebih tinggi apabila kehilangan produktif tenaga kerja yang disebabkan oleh kemasukan pesakit ke hospital sama ada yang berulang atau berpanjangan disebabkan komplikasi diabetic foot. Panduan Amalan Klinikal baru bertajuk Management of Diabetic Foot (Second Edition) mengandungi rekomendasi-rekomendasi berdasarkan bukti santifik bagi penilaian, rujukan, pencegahan dan rawatan penyakit berkenaan. Pelanjutan tempoh pewartaan tempat merokok 98 peratus tempat makan tidak menyediakan tempat abu rokok di dalam kawasan yang diwartakan dan 76 peratus tempat makan mempunyai tanda larangan yang jelas. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 60 peratus tempat makan adalah 100 peratus bebas daripada sebarang aktiviti merokok manakala 40 peratus tempat makan yang lain hanya mempunyai tidak lebih daripada tiga orang perokok. “Impak positif juga dapat dilihat dengan peningkatan perokok yang mula mendaftar dengan program di laman jomquit.moh.gov.my dengan purata 428 orang bagi tahun–tahun sebelumnya meningkat kepada 580 orang bermula Januari hingga April 2019. “Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada sepuluh (10) Kementerian lain dan satu wakil daripada badan bukan kerajaan yang telah dipengerusikan oleh beliau pada 16 April 2019, bersetuju dengan cadangan pelanjutan tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan tersebut. Pameran terbesar Industri Perubatan 2019 SouthEast Asian Healthcare & Pharma Show telah diadakan di ibu negara baru-baru ini. Pameran antarabangsa ini telah menghimpunkan penggiat industri farmaseutikal dan juga perubatan dari dalam dan luar negara. Pelbagai kelengkapan, peralatan, keperluan, ubat-ubatan diperkenalkan, dengan tujuan untuk menggalakkan kehidupan yang lebih sihat seiring peredaran masa. Selain itu, pameran yang diadakan juga bertujuan menguatkan lagi sokongan terhadap industri pengeluar produk farmaseutikal dan perubatan untuk terus menghasilkan produk- produk berkualiti dan berteknologi tinggi serta terkini yang pastinya memanfaatkan orang ramai. Ternyata, program seumpama ini bukan sahaja menambat hati penggiat industri ini, bahkan turut menarik minat dari pelbagai kategori. — al-Siha Sains untuk kesejahteraan rakyat Rakyat perlu menguasai ilmu sains agar dapat bersaing dengan negara luar terutamanya dalam bidang teknologi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed ber- kata, jika rakyat Malaysia tidak mengambil berat tentang ilmu sains, kelak negara akan ketinggalan dari pelbagai aspek termasuklah pertahanan negara, perubatan dan banyak lagi. “Saya percaya kita semua sekarang faham mengenai kepentingan penguasaan ilmu sains, termasuk perubatan yang menjadi sebahagian daripadanya,” katanya. Minggu Sains Negara pada tahun ini mengangkat tema “Sains untuk Kesejahteraan” yang signifikan dengan kehidupan seharian manusia kerana sains dan teknologi memberi kesan yang besar terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat. “Penggunaan dan penyebarluasan sumber sains mampu membentuk semula masa depan ke arah pembangunan ekonomi yang mampan selari dengan kele- starian alam sekitar, kesejahteraan rakyat dan keselamatan sejagat,”katanya. “Penghasilan produk dan peralatan melalui teknologi hijau menjimatkan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Aktiviti R&D perlu mengambil kira kelestarian alam sekitar dan menangani kesan Tun Dr. Mahathir Mohamed ketika Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2019. perubahan iklim. Keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan adalah penting dalam meningkatkan ekonomi negara”, jelas Tun Dr. Mahathir. Tambah beliau, penggunaan sumber juga hendaklah dilaksanakan dengan lebih bertanggungjawab. Terdahulu, beliau merasmikan galeri baharu Pusat Sains Negara, Science Valley yang mula dibuka kepada orang ramai pada 3 April 2019. Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan Timbalannya, Isnarais- sah Munirah Majilis. — al-Siha Tingkat kesedaran penjagaan paliatif 56,000 rakyat Malaysia memerlukan penjagaan paliatif setiap tahun. Namun, kurang dari 10 peratus keperluan ini berjaya di penuhi. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, Malaysia masih kekurangan perkhidmatan pen- jagaan paliatif di seluruh negara. “Kementerian kesihatan pada awalnya memulakan perkhidmatan ini di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui media dalam majlis pelancaran Hospis Malaysia ‘Speak Up – Because I Matter’ Campaign di ibu negara baru-baru ini. “Pada tahun 2008, perubatan secara paliatif ini dikenali sebagai perubatan khas sehingga tertubuhnya 11 buah pusat penjagaan paliatif yang lengkap dengan latihan, dan setakat ini sebanyak enam hospital awam memiliki pusat penjagaan paliatif ini. “Kementerian kesihatan akan melihat perkara ini dengan lebih terperinci dan berbincang tentang cara yang terbaik demi keperluan rakyat.” Sementara itu, Pengerusi Hospis Malaysia, Datin Kath- leen Chew berkata penglibatan Hospis lebih tertumpu kepada penjagaan pesakit selain turut memberikan tunjuk ajar kepada penuntut bidang perubatan yang semakin membuahkan hasil. Dr Lee Boon Chye akan meneliti kearah meningkatkan lagi penjagaan paliatif di Malaysia. “Kami turut berkerjasama dengan sektor swasta, dan kejayaan kami untuk memastikan perkhidmatan ini dik- etahui komuniti dapat dinilai dari jumlah pesakit berdaftar yang semakin meningkat,”katanya. “Kami merupakan sebuah pusat yang melatih penuntut dari pusat pengajian awam dan swasta, kami turut mel- atih pelatih dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pengurusan perkhidmatan penjagaan paliatif dimana mereka perlu mengikuti program kami selama enam bulan. — al-Siha Buka peluang pekerjaan buat golongan OKU Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat giat menjalinkan kerjasama dengan beberapa kementerian lain untuk memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 21,000 penghidap autism berdaftar di negara ini. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kel- uarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, setakat ini pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan (KPM), dan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dalam rundingan untuk menemui beberapa kementerian yang lain. “Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya satu peratus penjawat awam dikalangan orang kurang upaya Majlis pelancaran World Autism Awareness Day 2019. (OKU) seperti autism akan berjaya sekiranya masyarakat bergerak ke arah kesedaran dan menerima golongan autism secara terbuka,”katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019, di ibu negara baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), Feilina Feisol. — al-Siha