al-Siha : May 2019 | Page 29

Mei, 2019 | al-Siha personaliti 29 ‘Segalanya demi keluarga’ – Sarah Penyanyi yang bukan sahaja mempunyai lontaran suara padu, malah berkeperibadian mesra dan mudah didekati Siti Sarah mengutamakan pemakanan sihat buat keluarga. Seorang ibu tidak boleh malas dan tidak salah menyediakan makanan ringan yang dibuat sendiri. Kalau mahu manis, boleh bagi madu. Selain sebagai jajan, madu juga sangat bagus untuk otak, tulang dan sistem imun. Begitu juga aiskrim, saya buat dari buah-buahan dan tambahkan sedikit madu.” Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail G raf kerjaya Siti Sarah Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah kembali meledak selepas lagu baharunya berjudul ‘Semakin’ kian menjadi halwa telinga dan permintaan pendengar. Meskipun sibuk dengan kariernya sebagai artis dan usahawan, Siti Sarah, isteri kepada pelawak terkenal tanah air, Shuib Sepahtu ini tidak pernah mengabaikan tangunggjawabnya untuk memastikan hanya penyediaan makanan sihat buat keluarga terutama untuk ketiga-tiga anak mereka Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, dan Ariq Matin. PEMAKANAN SIHAT “Bagi Sarah, penjagaan kesihatan bermula dari pemak- anan yang diambil setiap hari. Makanan cepat hidang atau makanan ringan sebenarnya mudah mengundang ‘negative vibes’. “Makanan sihat tidak bererti sekadar makanan organik sahaja, mungkin dari bahan-bahan lain yang terdapat di dalam rumah tetapi bukan dari makanan proses. Sarah turut mengamalkan makanan ‘gluten-free’ kerana ia sangat bagus untuk penghadaman. “Begitu juga dalam masakan, Sarah lebih suka meng- gunakan gula kabung dan molasses sebagai penganti gula putih. Selain menjaga kesihatan diri dan keluarga, Sarah juga percaya pemakanan yang sihat mampu menghindarkan diri dari pelbagai penyakit kronik termasuklah kanser. MAKANAN RINGAN “Bagi anak-anak pula, makanan utama adalah apa yang saya sediakan untuk mereka. Namun, kanak-kanak perlukan ‘snack’. Saya tidak suka anak-anak makan makanan ringan termasuklah gula-gula kerana ia akan membuatkan mereka terlebih gula dan ketagih. “Seorang ibu tidak boleh malas dan tidak salah menye- diakan makanan ringan yang dibuat sendiri. Kalau mahu manis, boleh bagi madu. Selain sebagai jajan, madu juga sangat bagus untuk otak, tulang dan sistem imun. Begitu juga aiskrim, saya buat dari buah-buahan dan tambahkan sedikit madu. “Bagi saya, memberikan gajet kepada anak-anak tidak dikira sebagai berjaya mendiamkan mereka. Perbuatan tersebut sebaliknya membuatkan mereka bertambah aktif dan menimbulkan kemarahan kepada kita. Memarahi anak-anak sedangkan ibu bapa sendiri yang bersalah. Mereka tidak tahu apa-apa dan ibu bapa mampu men- gawasi keadaan ini . LIHAT SIAPA KITA BERKAWAN Menurut Sarah, memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak, artis dan usahawan tidak mudah. Banyak punca yang boleh menyebabkan saya mengalami tekanan tetapi setiap orang perlu bijak menangani keadaan tersebut. “Saya lebih memilih dengan siapa saya berkawan. Pastikan mereka yang ada disekeliling tidak mengundang tekanan. Pada masa yang sama pastikan jaga solat, zikir, selain dari menjaga sebaik-baiknya hubungan suami isteri. HUBUNGAN SUAMI ISTERI Agama Islam sendiri menegaskan bahawa setiap redha isteri terletak pada redha suami. “Bagi kami, memahami kedudukan dan tanggung- jawab sebagai suami isteri sangat penting. Dia adalah suami dan saya adalah isteri. Dalam soal ini, isteri perlu memahami segalanya yang suami suka atau tidak suka, begitulah sebaliknya. KOMUNIKASI TAMBAH KASIH SAYANG Komunikasi bersama pasangan memainkan peranan yang sangat penting dalam kebahagiaan rumahtangga. Bagi Sarah, banyak contoh terbaik yang ada depan mata dan boleh dijadikan pengajaran dan panduan. “Bagi saya, kehidupan kekeluargaan banyak dipela- jari dari ibu bapa sendiri, sehingga kebanyakkannya di aplikasikan dalam rumahtangga sendiri. “Tips komunikasi suami isteri ini saya lihat daripada mak ayah saya. Sepanjang membesar, saya tidak pernah melihat mak dan ayah bergaduh di depan anak-anak. Saya juga tidak pernah melihat emak saya menengking ayah saya semula. “Oleh itu saya percaya, jika kita ada masalah sebesar mana pun jangan sekali-kali selesaikan dengan emosi marah kerana ia tidak akan mendatangkan keputusan yang baik. Sebaliknya mungkin akan menyebabkan masalah sedia ada bertambah besar. “Bila marah kita akan terjerit-jerit, jeritan dari isteri mungkin akan menyebabkan suami tercabar dan mula naik tangan. Masalah boleh diselesaikan bila emosi marah berjaya dipadamkan dari kedua-dua pihak. Paling penting kenali suami anda terlebih dahulu. Itulah antara satu cara saya elak tekanan,” jelasnya. Sarah kini sedang menunggu beberapa lagu dari komposer-komposer tanah air dan semakin aktif men- gusahakan produk madu terbaru keluaran syarikatnya yang diberi pembaharuan dari segi rasa dan warna dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun ini. — al-Siha