al-Siha : May 2019 | Page 28

28 al-Siha | Mei, 2019 JOM CERGAS Berjalanlah 10,000 langkah sehari Kesihatan dan kecergasan amat penting dalam kehidupan seharian. Sejauh mana tahap kesihatan individu bergantung kepada sejauh mana tahap kecergasan mereka P erkara ini dapat dibuktikan melalui kemampuan bersenam selama sejam sehari dengan tahap intensiti sederhana hingga tinggi yang akan memberi kesan kepada aktiviti berimpak rendah sepanjang hari dengan lebih efisyen. Menurut Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan Unisel, Wan Mohd Hakim Wan Ismail, kesihatan boleh ditingkat- kan dengan melakukan senaman semudah berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari. Ini termasuklah jumlah pergerakkan dari bangun tidur (pagi) hingga tidur semula (malam). “Kajian pada tahun 2007 membuktikan bahawa, aktiviti berimpak rendah mampu meningkatkan tahap kesihatan wanita yang tidak aktif berbanding dengan mereka yang tidak melakukan sebarang senaman. Sebenarnya aktiviti ini telah lama diamalkan di Jepun sejak tahun 1960 lagi untuk menghasikan pekerja yang sihat dan cergas. “Walaubagaimanapun, aktiviti berjalan 10,000 langkah hanya tertakluk kepada mereka yang diklasifikasikan sihat tanpa sebarang komplikasi terutamanya masalah jantung. Sila dapatkan nasihat dari pakar kecergasan dan peru- batan sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman fizikal. “Aktiviti ini bergantung kepada peringkat umur dan kondisi semasa kecergasan. Kajian mendapati bahawa lagi banyak langkah yang dilakukan sehari, lagi rendah peluang untuk terdedah kepada masalah obesiti. Secara purata, manusia melakukan gerakan sebanyak 3000 langkah sehari bagi yang bekerja di pejabat. Aktifkan diri berjalan ke kereta, shopping mall dan sebagainya dalam tempoh sejam sahaja. POSTUR “Ramai yang tidak tahu bahawa dengan melakukan aktiviti berimpak rendah seperti berjalan, memberikan faedah kepada postur badan. Aktiviti berjalan dengan postur dan tempo yang betul dapat membantu memperbetulkan postur badan. “Apabila kita berjalan, otot-otot yang diperlukan bergerak dan berfungsi secara automatik. Otot-otot ini akan berfungsi secara efisyen dan aktif dari masa ke masa apabila ia kerap digunakan. Perlu diingat, semasa melaku- kan aktiviti ini, semak pergerakan angkota badan supaya setiap langkah dilakukan dengan betul. JANTUNG “Persatuan Kesihatan Sedunia mencadangkan agar melakukan 10,000 langkah sehari kerana akiviti ini lebih selamat untuk semua peringkat umur dimana ia juga dapat menguatkan otot jantung serta organ lain. Secara purata, manusia biasa mempunyai kadar purata nadi rehat antara 60 hingga 100 seminit. Kadar nadi rehat dapat diturunkan dengan melakukan aktiviti kardiovaskular secara teratur dan terancang. “Pakar perubatan, pengkaji sukan dan kesihatan dari Universiti QingDao merumuskan kadar nadi rehat yang tinggi adalah petanda seseorang itu terdedah dengan komplikasi jantung. Kadar nadi rehat bagi seorang atlit berbasikal dan pelari jarak jauh berada pada tahap yang sangat baik iaitu diantara 28 hingga 40 denyutan nadi seminit. Wan Mohd Hakim Wan Ismail, Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan Unisel KALORI “10,000 langkah sehari bukan sahaja memberi impak positif pada jantung malah turut membakar kalori seban- yak 1500 hingga 2500 kalori secara purata sehari. Kalori ini dapat dibakar dengan melakukan aktiviti berintensiti rendah hingga sederhana. Namun, sekiranya berada dalam keadaan pasif dan tidak melakukan aktiviti, kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak. “Aktiviti ini juga meningkatkan kadar metabolisma atau kadar pembakaran tenaga. Lagi aktif seseorang, lagi tinggi metabolisma. Seseorang yang aktif akan membakar lebih banyak berbanding mereka yang pasif. “Kebanyakkan individu membakar kalori semasa duduk ketika melakukan kerja-kerja pejabat, bercakap dan sebagainya yang berintensiti rendah. Apabila melakukan aktiviti berintensiti sederhana seperti berjalan dalam keadaan yang sedikit laju, kalori akan dibakar dengan lebih banyak. Ibarat kenderaan yang melalui jalan yang mendatar atau berbukit. Laluan yang berbukit akan lebih menggunakan bahan bakar. “Oleh itu, amat digalakkan untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berjalan, memasak, mengangkat barang dan sebagainya. — al-Siha Trivia Cergas! Mengikut Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan (NHMS) 2017, satu dari dua remaja tidak aktif dalam melakukan aktiviti fizikal. Berikut antara aktiviti yang paling banyak membakar kalori: 1. Tinju (800 kalori/jam) 2. Skuasy (748 kalori/jam) 3. Berkayak (740 kalori /jam ) 4. Berlari cepat (700 kalori/jam ) 5. Bola Sepak (612 kalori/jam ) 6. Berbasikal cepat (604 kalori/jam ) 7. Angkat beban dan kardio (590 kalori/jam ) 8. Lari di treadmill (580/jam )